MALAYSIA
KPT sedia laluan khas lulusan baharu Kolej Komuniti sambung pengajian

Zambry ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO 2025 Bahagian Setiawangsa di Residensi UTM hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan laluan khas kepada lulusan baharu Kolej Komuniti untuk melanjutkan pengajian ke peringkat politeknik dan universiti dalam bidang teknikal.
Ringkasan AI
- Laluan Khas ke Politeknik dan Universiti: Lulusan baharu Kolej Komuniti kini boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknikal melalui laluan khas yang disediakan oleh KPT.
- Penambahbaikan Kursus dan Keberkesanan TVET: KPT memperkenalkan dasar baharu untuk menilai semula keberkesanan Kolej Komuniti, memastikan kursus yang ditawarkan relevan dengan keperluan semasa dan pasaran kerja.
- Cadangan Penubuhan Kolej Komuniti Bandar: KPT sedang menilai keperluan mewujudkan Kolej Komuniti di kawasan bandar seperti Setiawangsa, bagi memperkasa pembangunan modal insan belia tempatan.
Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa Tahun 2025 di sini hari ini.
KPT juga memperkenalkan dasar baharu untuk melihat semula keberkesanan Kolej Komuniti dalam melatih tenaga mahir tempatan dengan memastikan kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan semasa.
Beliau berkata KPT juga sedang menilai keperluan untuk mewujudkan Kolej Komuniti di kawasan bandar.
Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Dr Izudin Ishak dalam ucapan aluan memohon supaya institusi pendidikan diwujudkan di kawasan Setiawangsa, sekurang-kurangnya sebuah Kolej Komuniti untuk menjadi pemangkin pembangunan modal insan, khususnya untuk golongan belia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami