awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/11/2024
06:30 MYT
KPT semak kesahihan pelajar  Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
Zambry berkata, pihaknya perlu menyemak kesahihan mengenai perkara itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Rusia.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya perlu menyemak kesahihan mengenai perkara itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Kita akan semak.. ini terlalu pramatang bagi saya untuk komen sebab saya perlu menyemak fakta terlebih dahulu (berhubung penglibatan pelajar sebagai tentera asing).
“Nanti kalau ada apa-apa, kita akan maklumkan kepada media,” katanya ketika ditemui media selepas Solat Jumaat di Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi, di sini.
Sebelum itu, Zambry hadir dalam Program Temu Anwar yang berlangsung di UPNM.
Memetik laporan media pada Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan keluarga kepada lelaki yang MyKad dan lesen memandunya didakwa ditemui di medan perang di Ukraine, memaklumkan individu berkenaan sedang melanjutkan pengajian di negara terbabit.
Beliau menambah Bukit Aman juga sedang menunggu maklum balas Kedutaan Rusia berhubung dakwaan pembabitan rakyat Malaysia dalam konflik perang antara negara itu dan Ukraine.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Cawangan Khas sudah berhubung dengan Kedutaan Rusia di Malaysia berhubung perkara itu.
Pada Selasa, media melaporkan tular penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.
Lelaki yang tular itu kononnya membabitkan diri sebagai tentera upahan dalam '16th Rifle Batallion Ukraine' yang mana ia sedang berdepan dengan tentera Rusia di Ukraine.
Dokumen berkenaan antaranya menunjukkan alamat berdaftar di Padang Besar, Perlis.
Dikatakan, kedua-dua dokumen itu ditemukan selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny, Zaporizhia, Ukraine.
Topic Berkaitan
#tentera upahan
#Ukraine
#Rusia
#pelajar malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan