PUTRAJAYA: Tiada halangan untuk pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kerana ia tidak akan mengancam kedaulatan negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled berkata isu terbabit tidak timbul kerana Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.
"Tidak timbul, soalnya kita sebahagian daripada negara bertamadun memahami bahawa diharapkan dari negara kita untuk bantu mereka yang menjadi pelarian.
"Bagi kita, kalau ada tempat, tak ada halangan untuk beri (pelarian Rohingya sambung pengajian) kerana kalau nak masuk universiti bukan maknanya mereka macam yang kita tengok di sana," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Semarak Siswa Madani pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan segelintir pihak yang gusar dengan langkah membenarkan pelarian Rohingya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di IPT tempatan, bakal mengancam kedaulatan negara.
Pada Isnin, Penasihat KPT, Prof Emeritus Dr Morshidi Sirat, dilaporkan berkata pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Peluang melanjutkan pengajian untuk pelarian itu akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, selain etnik Rohingya, pihaknya turut memaklumkan kepada Qatar supaya membantu pelarian lain termasuk Palestin dan Syria.
Dalam perkembangan berasingan, Mohamed Khaled berkata, kerajaan tidak boleh memaksa majikan untuk memberi layanan kepada pelajar yang mengikuti latihan industri sama seperti pekerja.
"Semua sedar, mengakui hakikat bahawa mereka bukan pekerja, mereka hanya pelatih industri, mereka bukan pekerja maka sudah tentu tidak wajar untuk mereka mendapat gaji atau layanan sama.
"Pada masa sama kerajaan menyedari, kerajaan tak boleh paksa syarikat (beri layanan sama seperti pekerja, jadi dalam konteks ini, kita kena imbangi perkara itu," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menggesa syarikat tempatan untuk mempertimbangkan pemberian elaun kepada pelajar latihan industri di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan satu kadar untuk elaun terbabit tetapi jumlah itu wajar dipertimbang bagi memastikan ia dapat membantu kos sara hidup pelajar.
Astro Awani
Tue Jun 20 2023

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sidang media sempena Pelancaran Program Semarak Siswa Madani di Dewan Zaaba Kementerian Pengajian Tinggi hari ini. - Foto Bernama

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.

Tarik sokongan: Kerajaan tak pinda perlembagaan setiap hari - Khaled
Mohamed Khaled menjelakskan, terdapat beberapa perkara yang hanya memerlukan sokongan dengan majoriti mudah.

KPT saran IPT turun padang bantu masyarakat selesai isu setempat
KPT menyarankan agar institusi pengajian tinggi sentiasa 'turun padang' dalam usaha membantu masyarakat menyelesaikan isu setempat.

KPT saran garis panduan aktiviti hiburan libatkan wakil pelajar
Bagaimanapun, pengurusan IPT perlu memastikan majlis perwakilan pelajar dan kesatuan mahasiswa dilibatkan dalam proses perangkaan garis panduan agar ianya mengambil kira suara dan keperluan mahasiswa

KPT rancang perluas IIP bangun bakat berkemahiran tinggi, kebolehpasaran graduan
Ia dalam usaha membangunkan bakat berkemahiran tinggi yang menepati permintaan industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Mahasiswa main peranan penting dalam 'menggelorakan' masyarakat
Katanya, sejarah telah menunjukkan betapa aspirasi dan pemikiran besar mahasiswa berjaya membawa perubahan dalam sesebuah negara.

KPT peruntuk RM339.5 juta bagi pembangunan dan kebajikan pelajar - Khaled Nordin
KPT telah memperuntukkan RM339,516,500 bagi tujuan pembangunan dan kebajikan pelajar yang melibatkan pembinaan serta penyelenggaraan asrama atau kolej kediaman bagi tahun 2023.

KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET), di seluruh politeknik di Malaysia.

'Gelombang hijau' tidak akan berlaku pada PRK di Johor - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin 'gelombang hijau' yang berlaku ketika PRN baru-baru ini tidak akan berulang di Johor pada PRK di negeri itu bulan depan.

UMNO buat post mortem PRN nilai kelemahan - Khaled Nordin
UMNO akan mengadakan post mortem bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi yang ditandingi parti itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lepas.

PRN: Desak Zahid letak jawatan hanya jalan pintas kemuka alasan - Khaled
Tegasnya, proses pascanilai perlu dilakukan dalam menilai punca sebenar kekalahan majoriti kerusi ditandingi UMNO pada PRN tersebut.