awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini

Bernama
Bernama
04/06/2024
15:34 MYT
KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini
Nancy berkata jawatankuasa itu akan dibarisi wakil 12 kementerian yang berkaitan dan dijangka mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali dalam setahun. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia bertujuan merekodkan situasi sebenar wanita di dalam negara dan dasar yang dikemas kini bagi mempersiapkan delegasi Malaysia ke Cedaw pada masa akan datang.
"Selepas Cedaw, kita ada pemerhatian rumusan jadi kita dapat melihat apa yang perlu ditangani, kita perlu aturkan strategi, jadi dengan adanya Pelan Tindakan Pasca Cedaw ini, ia akan memberi kemudahan untuk kita merekodkan maklumat dari semasa ke semasa," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan dibarisi wakil 12 kementerian yang berkaitan dan dijangka mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali dalam setahun.
Pada 18 Mei lepas, Nancy mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi dialog pembentangan laporan berkala Cedaw keenam dari 18 hingga 26 Mei di Geneva, Switzerland.
Tujuan utama Cedaw ialah menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam bidang politik, ekonomi, sosial serta budaya dan penerimaan Malaysia terhadap konvensyen itu adalah dengan pemahaman bahawa peruntukannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#Nancy Shukri
#CEDAW
#Jawatankuasa Pelan Tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan