awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM fokus lahirkan lebih ramai sukarelawan muda - Rohani

Bernama
Bernama
05/09/2016
03:26 MYT
KPWKM fokus lahirkan lebih ramai sukarelawan muda - Rohani
ROHANI: KPWKM sentiasa berusaha menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) fokus untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam kalangan generasi muda di negara ini melalui pelbagai program yang dilaksanakan kementerian itu.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian juga melaksanakan pelbagai program latihan sukarelawan bertujuan memberikan ilmu dan kemahiran yang relevan kepada generasi muda supaya dapat menjalankan tugas dengan baik sebagai sukarelawan.
"KPWKM sentiasa berusaha menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Langkah ini selaras usaha kerajaan mementingkan budaya sukarelawan dengan program seperti 1Malaysia For Youth (IM4U).
"Saya percaya dengan usaha ini para belia dan pelajar berpeluang membantu dengan menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada anggota masyarakat yang memerlukan seperti warga emas, orang kelainan upaya dan mangsa bencana," katanya di sini Ahad malam.
Beliau berucap merasmikan Majlis Penutup Program Voice of Siswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Kampus Alor Gajah di sini yang turut dihadiri Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar dan Rektor UiTM Melaka Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim.
Rohani berkata generasi muda perlu merebut peluang dalam pelbagai program sukarelawan kementerian itu seperti Komuniti Perwani Siswi bagi memupuk jati diri yang lebih kukuh dalam diri mereka.
"Komuniti Perwani Siswi ini merupakan satu cabang Komuniti Perwani 1Malaysia yang anggotanya terdiri daripada golongan siswi institusi pengajian tinggi. Amat besar harapan kementerian golongan siswi ini turun padang bersama melakukan kerja sukarela membantu kumpulan sasar kementerian," katanya.
Beliau berkata aktiviti sukarelawan itu juga dapat membentuk budaya berpersatuan dalam kalangan generasi muda dengan menyertai pelbagai persatuan atau pertubuhan di institusi pengajian masing-masing.
"Ia bukan sahaja menyemai nilai kepimpinan dan jati diri malah berupaya merapatkan barisan dan mengukuhkan kesatuan dalam kalangan generasi muda Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#IM4U
#KPWKM
#Rohani Abdul Karim
#semangat sukarela
#sukarelawan muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan