PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) maklum sesetengah anggota polis enggan menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga dengan alasan ia adalah isu keluarga.
Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Rina Harun menasihatkan mangsa untuk segera ke hospital dan mendapatkan laporan perubatan.
"Laporan daripada hospital dapat diguna pakai supaya pihak polis tak boleh menidakkan laporan yang mereka buat," katanya kepada media selepas melancarkan Buku Wanita Bangkit di sini pada Isnin.
Rina berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat pula akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) bagi mengasingkan suami dan isteri sekiranya didera.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan segelintir mangsa keganasan rumah tangga bahawa mereka berdepan dengan kesukaran untuk melaporkan keganasan yang berlaku kerana sesetengah anggota polis enggan mengambil laporan kerana mendakwa ia melibatkan masalah keluarga.
Rina berkata pihaknya juga akan membawa isu keengganan menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga itu, semasa sesi libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Isu dengan balai polis kita akan buat semakan dan libat urus dengan KDN supaya masalah ini dapat diatasi.
"Kita tahu isu-isu seperti ini, ada unit Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), itu di bawah KDN. Perkara ini inputnya akan kita masukkan dalam perbincangan seterusnya sebab perbincangan kita sentiasa berjalan," katanya.
Mengenai buku Wanita Bangkit, Rina berkata buku itu memuatkan 34 kisah benar yang digarap daripada pengalaman klien agensi di bawah KPWKM, dengan naratifnya bakal membangkitkan semula semangat dan motivasi golongan wanita walau dirundung dalam apa jua keadaan.
Buku Wanita Bangkit hasil kerjasama KPWKM melalui Institusi Sosial Malaysia dan Akademi Bonda Nor dijual di beberapa kedai buku pada harga promosi RM35.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
Rina Harun menasihatkan mangsa untuk segera ke hospital dan mendapatkan laporan perubatan. -Gambar fail/BERNAMA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberikan fokus terhadap isu keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri berkaitan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
KPWKM komited perkukuh kedudukan wanita melalui pelbagai inisiatif, program
Antara inisiatif yang dijalankan ialah program latihan kemahiran, bantuan perniagaan dan sokongan psikososial.