awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini

Bernama
Bernama
26/11/2024
20:15 MYT
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Noraini berkata, Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperluas peranan Skuad Waja bagi membantu dan menyantuni golongan remaja dengan memperkenalkan Skuad Waja Gen Z.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, skuad berkenaan dilaksanakan melalui kerjasama strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, sebanyak 300 ahli Skuad Waja Gen Z telah dilatih menggunakan Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau ringkasnya PEKERTI.
"Sebanyak 300 ahli Skuad Waja Gen Z dalam kalangan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 30 tahun menerima pentauliahan bersempena dengan Majlis Konvensyen Skuad Waja Kebangsaan 2024 pada Selasa.
"Menerusi konvensyen ini, pengiktirafan terhadap mereka juga diberikan melalui Majlis Pentauliahan kepada ahli yang telah berjaya mengikuti dan menamatkan program latihan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
"Selain itu, Skuad Waja Gen Z ini juga dapat memperluas peranannya kepada komuniti dengan melaksanakan bantuan psikososial dan bimbingan kepada belia yang memerlukan," katanya.
Noraini berkata penganjuran Konvensyen Skuad Waja Kebangsaan 2024 bertemakan "Tekad Berbakti, Waja Bestari" yang julung kali diadakan itu merupakan platform kerajaan untuk memberi pengiktirafan kepada Skuad Waja yang telah menyumbang kepada kesejahteraan, keharmonian dan pembangunan negara.
Mengenai Skuad Waja yang ditubuhkan pada 2021, beliau berkata, setakat bulan lepas, skuad itu telah disertai 337,958 ahli terdiri daripada 262,048 wanita dan 75,910 lelaki.
Noraini berkata, menerusi konvensyen itu juga, Skuad Waja yang terpilih telah dikurniakan Anugerah Skuad Waja Bestari yang dinilai berdasarkan penilaian terhadap Program Sumbang Bakti Skuad Waja yang dilaksanakan skuad berkenaan sepanjang tahun ini.
Beliau berkata, sebanyak 26 Program Sumbang Bakti Skuad Waja telah dilaksanakan dan menyantuni 2,227 golongan sasar dalam komuniti di seluruh negara sepanjang 2024. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#Skuad Waja Gen Z
#LPPKN
#bantuan psikososial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan