awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kraftangan Malaysia rancang pertunjukan fesyen di Dubai

Bernama
Bernama
25/10/2022
04:01 MYT
Kraftangan Malaysia rancang pertunjukan fesyen di Dubai
Ainu Sham (kanan) ketika ditemu bual di New Delhi baru-baru ini. - Facebook Kraftangan Malaysia
NEW DELHI: Kraftangan Malaysia merancang untuk mengadakan pertunjukan fesyen di Dubai bagi meneroka pasaran rantau Arab.
"Kami sedang menyiapkan koleksi kami untuk pertunjukan di Dubai. Kami akan mengumumkan tarikh pertunjukan fesyen tidak lama lagi," kata Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli kepada Bernama di New Delhi.
Ainu Sham berharap acara itu akan meningkatkan kesedaran tentang tekstil Malaysia, hiasan dalaman dan produk gaya hidup di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta wilayah Teluk.
"UAE memiliki pasaran yang luas bagi fesyen. Kami menyaksikan permintaan terhadap barangan gaya hidup Malaysia terutama daripada sektor pelancongan.
"Malaysia mempunyai banyak barangan gaya hidup dan kraf berjenama yang akan menarik minat pasaran UAE.
"Selepas Dubai, kami mahu meneroka negara jiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasaran Arab
#Kraftangan Malaysia
#pertunjukan fesyen
#Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan