awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis pendidikan lebih bersifat moral, bukan kelemahan sistem - AMK

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2025
23:30 MYT
Krisis pendidikan lebih bersifat moral, bukan kelemahan sistem - AMK
Mohamad Syamil Luthfi (tengah) ketika 'Program Meja Bulat: Adakah Pendidikan Kita Dalam Krisis' anjuran Sinar Harian. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Krisis yang membelenggu sistem pendidikan negara ketika ini bukan berpunca daripada kelemahan struktur atau dasar, sebaliknya menjurus kepada krisis moral dalam kalangan pelajar.
Pengarah Strategik Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Syamil Luthfi Samsul Bahrin berkata, isu moral memerlukan perhatian serius daripada semua pihak termasuk ibu bapa, golongan pendidik dan masyarakat.
Malah menurutnya, dua perkara perlu dilihat dalam menilai senario pendidikan semasa iaitu sistem yang diguna pakai dan situasi di lapangan.
"Peranan ibu bapa dan pendidik amat penting dalam membentuk kemenjadian murid.
"Krisis yang kita lihat pada hari ini lebih kepada persoalan nilai dan akhlak pelajar yang kian menipis," katanya selaku panel Program Meja Bulat: Adakah Pendidikan Kita Dalam Krisis anjuran Sinar Harian.
Dalam pada itu Mohamad Syamil Luthfi turut menzahirkan keyakinan terhadap pendekatan yang diambil Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah pimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang disifatkan lebih teratur dan berterusan.
Ini kerana menurutnya, kementerian itu meneruskan pelan dan polisi pendidikan daripada kepimpinan terdahulu.
"Namun ia tidak bermakna tiada penambahbaikan dilakukan sebaliknya intervensi terus digerakkan untuk memperkukuh sistem sedia ada," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Syamil Luthfi Samsul Bahrin
#moral
#pendidikan
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan