KUALA LUMPUR: Polemik politik yang berlaku ketika krisis COVID-19 akan mempengaruhi gelagat pola pengundian dalam kalangan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian, pemimpin politik tidak seharusnya selesa dengan keputusan dibuat mereka ketika ini kerana kesan jangka panjangnya kepada orang ramai akan diterjemahkan pada kertas undi.
“Rakyat akan melihat apa yang berlaku sepanjang 2018 sehingga hari ini, malahan saya melihat ramai sudah tidak terikat atau memberikan kesetiaan kepada parti atau personaliti politik tetapi lebih kepada isu sekeliling mereka.
“Kemungkinan kita akan melihat tidak lagi wujud persoalan parti-parti politik gergasi mendominasi sebaliknya rakyat tertumpu kepada isu-isu semasa untuk pergi mengundi.
“Apa yang telah rakyat lalui sepanjang era COVID-19 dan bagaimana peranan pemimpin politik dan wakil rakyat ketika menangani cabaran COVID-19 ketika rakyat sedang bergelut,” katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hala tuju politik negara selepas berlaku satu lagi kekacauan politik selepas UMNO menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru, Sivamurugan menggesa pemimpin politik mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sebelum membuat sebarang keputusan dengan tidak memberi keutamaan kepada parti mahupun personaliti politik.
“Polemik politik yang bertali-arus menjejaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan dan memperlahankan usaha negara keluar daripada COVID-19.
“Menteri yang menerajui Kementerian Kesihatan dan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) keduanya daripada UMNO dan mereka telah mainkan peranan yang besar malah jika berlaku perubahan ini menjejaskan perancangan.
“Bagi saya apa yang penting adalah masa yang dipilih untuk membawa perubahan-perubahan ini kerana rakyat berada dalam keadaan kritikal dengan kes COVID-19 semakin meningkat serta proses vaksinasi harus dipercepatkan,” ujarnya.
[LAPOR LANGSUNG] Perdana Menteri selesai menghadap Agong
Tambah Sivamurugan, sekiranya masing-masing pemimpin politik tidak kira kerajaan ataupun pembangkang masih bergelut dengan soal politik maka sukar untuk mendapatkan kejayaan yang baik dalam pengurusan COVID-19.
“Sentiasa akan ada satu lagi kumpulan yang mahu menggulingkan mereka yang telah dilantik dan proses ini akan berterusan sehingga rakyat muak, bosan dan kecewa dengan pemimpin dipilih mereka,” tambahnya.
Ditanya mengenai apakah penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menamatkan polemik politik di era Pandemik COVID-19, Sivamurugan berkata, ahli Parlimen yang mempunyai majoriti sokongan di Dewan Rakyat secara menyakinkan boleh dicadangkan untuk memimpin negara.
“Saya tidak melihat kerajaan interim sebagai penyelesaian kerana ia tiada dalam perlembagaan dan sekiranya majoriti itu masih boleh dipertikaikan kita akan berbalik kepada masalah dan isu yang sama.
“Krisis politik telah mendominasi sejak 2018 dan kita mahu memberikan noktah kepada perkara itu dengan pelantikan seorang Perdana Menteri yang mempunyai majoriti yang besar dan pembentukan kerajaan yang ampuh supaya kita dapat bergerak ke hadapan,” jelas beliau.
Afiezy Azaman
Wed Aug 04 2021
Menurut penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian, polemik politik yang berlaku Ketika krisis COVID-19 akan mempengaruhi gelagat pola pengundian dalam kalangan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.