Ahli Parlimen Kinabatangan (BN) Datuk Bung Mokhtar Radin menggesa agar krisis yang melanda UMNO kini ditangani oleh pemimpin parti itu sendiri.

"Dalam pilihan raya kecil ini kita lihat bagaimana UMNO diasak dari pelbagai sudut termasuk dari dalam.

"Dan yang terbaru dari bekas pimpinan UMNO sendiri... teguran dari Tun (Dr) Mahathir telah melonggarkan UMNO itu sendiri," kata beliau yang juga Pengerusi FELCRA pada program ramah mesra di Bukit Ibam, Rompin pada Sabtu.

Beliau mengulas tentang 'serangan' yang diterima parti itu termasuk dari bekas Presidennya sendiri, Dr Mahathir tentang pelbagai isu termasuk isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Biarkan krisis ini ditangani oleh pemimpin UMNO sendiri. Kita di bawah harus bagi sokongan padu... itu kerja kita orang bawah.

"Sebab kalau orang bawah buat keputusan, kepimpinan di atas tidak bermakna lagi," kata Bung.

BACA: 'Tun Faisal jangan tunjuk hero, kamu tidak setaraf Tun M' - Khairuddin

BACA: Beri saya peluang jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun Mahathir

BACA: Dr Mahathir setuju tubuh Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB

Katanya rakyat harus beri keyakinan pada kerajaan dalam pelaksanaan GST kerana beliau yakin segala kesulitan yang berlaku akan selesai dalam masa enam bulan.

Mengulas lanjut mengenai teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir, Bung menyifatkan ianya seperti teguran seorang ayah kepada anak, meskipun agak keras.

"Kita ambil iktibar... ia (seperti) teguran bapa kepada anak. (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak tidak berkata (apa-apa) menunjukkan beliau hormat kepada yang lebih atas," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengutuk tindakan kumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan himpunan #BatalGST di ibu negara Kuala Lumpur semalam.

Menurut Bung, perhimpunan tersebut yang bertemakan anti-GST tetapi mereka sendiri telah bertindak merosakkan harta awam serta menggunakan bom asap.

FOTO: Ribuan sertai perarakan #BatalGST 1 Mei

BACA: Ribuan sertai perarakan #BatalGST 1 Mei

BACA: #BatalGST: Polis buru golongan anarkis cetuskan huru hara - Zahid