awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar mahu pasukan khas perkukuh sistem audit negara
Jet persendirian terhempas di Lapangan Terbang Maine ketika ribut salji
MetMalaysia sasar percepat hebahan gempa bumi, amaran tsunami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun

Qaisara Umaiyah
Qaisara Umaiyah
03/09/2020
06:14 MYT
Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun
Rina selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut berkata, kementeriannya memandang serius dengan keperluan golongan kurang upaya dan berpenyakit kronik. - Foto Astro AWANI
Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memastikan bahawa calon daripada sayap Srikandi akan diturunkan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah) pada 26 September nanti.
"Berapakah jumlah calon daripada Srikandi, saya tidak dapat umumkan, tetapi saya ada berbincang dengan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi peluang kepada Srikandi dalam PRN Sabah.
"Sudah pastinya kita akan menurunkan calon-calon Srikandi yang boleh menang dan sudah semestinya seorang yang berwibawa," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bahagian Bersatu Silam di sini pada Khamis.
Rina selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut berkata, kementeriannya memandang serius dengan keperluan golongan kurang upaya dan berpenyakit kronik.
"Bantuan sebanyak RM300 sebulan sememangnya tidak mencukupi jika kita teliti betul-betul.
"Golongan berpenyakit khususnya mempunyai keperluan yang lebih tinggi kerana perlu menyediakan keperluan khusus misalnya susu dan harga susu ini bukan murah.
"Oleh itu, kementerian dalam rangka memohon kenaikan RM100 tetapi baru-baru ini Perdana Menteri yang juga Presiden parti mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000," katanya.
Selaku Ketua Srikandi Malaysia, Rina berasa bangga dengan persiapan jentera pilihan raya di bahagian Silam yang tanpa mengira waktu turun bersama-sama untuk memastikan kemenangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Topic Berkaitan
#Bersatu Silam
#Bung Mokhtar
#Hajiji Mohd Noor
#Madius Tangau
#Mohd Shafie Apdal
#Muhyiddin Yassin
#Musa Aman
#pilihan raya
#PRN Sabah
#Rina Harun
#Sabah Memilih
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan