awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krismas: Keadaan trafik terkawal, hanya kesesakan di lokasi panas

Bernama
Bernama
24/12/2022
15:09 MYT
Krismas: Keadaan trafik terkawal, hanya kesesakan di lokasi panas
Trafik di lebuh raya utama berada dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi 'hot spot' setakat 9 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Trafik di lebuh raya utama berada dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi 'hot spot' setakat 9 malam ini, berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung dan bercuti sempena sambutan Hari Krismas dan cuti persekolahan.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan ke utara, kesesakan sepanjang lebih 20 kilometer berlaku di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Bidor sehingga ke Gopeng dan di Alor Pongsu sehingga Sungai Bakap.
Beliau berkata dari arah ke selatan pula kesesakan berlaku di Bukit Tagar sehingga ke Bukit Beruntung, Senawang ke Simpang Ampat dan dari Kempas ke Pasir Gudang.
Keadaan trafik di sepanjang laluan ke pantai timur melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 adalah lancar di kedua-dua arah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Gombak yang merupakan laluan utama keluar dan masuk ibu kota mendapati keadaan trafik terkawal serta tiada berlaku kesesakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Natal
#Krismas
#trafik
#lokasi hot spot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan