RAFAH: Sebuah keluarga Kristian yang melarikan diri dari rumah mereka di Gaza akibat serangan Israel meraikan sambutan Hari Krismas dalam keadaan menyayat hati bersama dengan pelarian yang lain.
Keluarga Saba berkumpul mengelilingi unggun api bersama rakan-rakan beragama Islam yang turut berteduh di sebuah rumah di selatan Gaza.
Tahun ini, keluarga itu berkata mereka tidak memasang pokok Krismas dan tidak dapat mengunjuni gereja untuk acara keagamaan.
"Biasanya, ketika tiada peperangan, kami menyambut Krismas di Bethlehem, kami pergi berdoa di sana dan melihat hiasan pokok, dan perayaan di sana, setiap tahun kami akan mendapat permit dan pergi ke Bethlehem,
"Tetapi tahun ini, kami tidak dapat sampai ke gereja kami di sini, yang berada di Gaza yang hanya berjarak dua puluh minit dari sini, saya tidak boleh pergi sembahyang, apatah lagi merasai semangat percutian," jelas salah seorang ahli keluarga, Hazem Saba.
Tiga minggu lalu, keluarga Saba meninggalkan rumah mereka di Bandar Gaza hanya dengan beberapa barang bagi menuju ke selatan.
Jelasnya, isu Kristian dan Islam bukan perkara utama di Gaza, malah tiada perbezaan dirasakan di sana berkaitan perbezaan agama.
"Kita tidak rasa perbezaan di sini, kerana di mana-mana pun terjadinya perang di sini, sasarannya bukan Islam atau Kristian, kita semua menjadi sasaran, kita semua kena serangan udara, dan semua menderita akibat perobohan dan kemusnahan,"tegas Hazem Saba.
Hazem Saba berkata perang telah menghilangkan semangat Krismas, kerana mereka sentiasa memikirkan tentang saudara mara yang meninggal dunia serta rumahnya yang rosak dan bandar yang hilang.
Israel telah mengepung Semenanjung Gaza dan memusnahkan sebahagian besarnya sejak 7 Oktober, apabila pejuang Hamas menyerang selatan Israel.
Pihak berkuasa di Gaza yang berkata lebih 20,400 orang telah disahkan terbunuh semasa kempen ketenteraan Israel dengan beribu-ribu lagi dipercayai mati di bawah runtuhan.
Astro Awani
Tue Dec 26 2023
Hazem Saba bersama isteri dan bapa mentua di Rafah selepas melarikan diri susulan serangan udara tentera rejim Zionis Israel. - Foto REUTERS
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Kerajaan Sabah anjur Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Krismas bermula tahun ini
Semua perayaan besar peringkat negeri di Sabah akan dikendalikan secara rasmi oleh kerajaan negeri.
Krismas yang tiada erti bagi orang Kristian di Gaza
Keluarga itu berkata mereka tidak memasang pokok Krismas dan tidak dapat mengunjuni gereja untuk acara keagamaan tahun ini.
Krismas berbeza buat penduduk Palestin, sepi dan suram
Gereja-gereja di Bethlehem memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Baginda berdua berharap sambutan perayaan seumpama ini akan terus memupuk rasa hormat menghormati sesama kaum.
Ukraine sambut Krismas pada 25 Disember buat pertama kali
Ia dilihat sebagai penghinaan kepada Rusia dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengikuti kalendar Julian era Rom untuk majlis keagamaan.
Wanita berusia 100 tahun kongsi sambutan Krismas
Wajik dan dodol antara juadah yang akan disediakannya di samping Kari Debal, Chap Chai dan acar cili serta kek yang dibuat sendiri.
Hampir 2,000 penganut Kristian hadir ke Cathedral of St John rai Krismas
Penganut Kristian yang hadir diingatkan untuk sentiasa bersyukur dan mengingati rakyat di Palestin yang sedang menderita.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.
Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 5 petang ini agak perlahan berikutan orang ramai mengambil peluang cuti panjang sempena Krismas untuk berjalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.