Nahas pesawat Boeing 737 Lion Air, JT610 hari ini mengingatkan kembali beberapa kecelakaan udara yang terjadi di Indonesia sejak beberapa tahun lalu.
Sistem penerbangan Indonesia menerima banyak kritikan dan dakwaan bahawa sistem penerbangannya tidak mengikut standard antarabangsa.
Berikut ialah insiden pesawat yang terjadi sejak tahun 2013 di beberapa lokasi di Indonesia.
1. April 2013
Boeing 737-800 Lion Air terbelah dua selepas terbabas dari landasan kapal terbang dan terhempas di perairan di Bali.
Kesemua 108 orang yang berada dalam pesawat tersebut selamat selepas mereka berenang ke tepi pantai. Dilaporkan juruterbang pesawat terbabit kurang berpengalaman.
2. Disember 2014
Pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa sehingga mengorbankan 162 nyawa.
Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Berdasarkan laporan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia, komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu rosak berulang kali termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku pada tahun sebelumnya.
3. Ogos 2015
Pesawat Trigana Air terhempas di Papua New Guinea disebabkan cuaca buruk yang menyebabkan semua 54 orang di dalam jet itu maut.
Pesawat itu membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima anak pesawat, semuanya warga Indonesia.
4. Mei 2016
Dua pesawat Lion Air bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia manakala sebulan sebelum itu, pesawat Batik Air tersangkut dengan sebuah pesawat TransNusa.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
5. 4 Jun 2016
Helikopter jenis Bell 206 milik syarikat PT Amur terhempas di daerah Nabire, wilayah Papua di timur Indonesia menyebabkan empat orang maut.
6. 20 Mac 2016
Helikopter jenis 412 EP milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat membawa 13 anggota tentera terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah. Kesemua penumpang dan juruterbang terkorban.
7. 10 Feb 2016
Pesawat EMB-314 Super Tucano milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) terhempas di kawasan perkampingan Blimbing, Kota Malang, Jawa Timur menyebabkan tiga maut termasuk dua orang awam.
8. 1 Julai 2015
Pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan awam di Medan, utara Sumatera mengorbankan lebih 140 nyawa.
9. 28 Dis 2014
Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang membawa 155 penumpang terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah selepas hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda pada 5.30 pagi (waktu Surabaya) sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi (waktu Surabaya). Pesawat yang membawa 155 warga Indonesia, tiga warga Korea Selatan dan masing-masing seorang warga Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Perancis itu dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi. Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat itu mengambil masa hampir dua bulan.
10. 29 Oktober 2018
Pesawat Lion Air JT-601 terhempas di Perairan Karawangan di Laut Jawa, Indonesia beberapa minit selepas pesawat model Boeing 737 berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta pada jam 6.33 pagi tadi.
Buat masa ini, kesemua 189 penumpang dipercayai terkorban. Operasi SAR sedang giat dijalankan.
Astro Awani
Mon Oct 29 2018
Buat masa ini, kesemua 189 penumpang dipercayai terkorban. Operasi SAR sedang giat dijalankan. - Gambar fail
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kronologi insiden pesawat terhempas di Indonesia
Nahas pesawat Boeing 737 Lion Air, JT610 hari ini mengingatkan kembali beberapa kecelakaan udara yang terjadi di Indonesia sejak beberapa tahun lalu.