awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kronologi kes Rosmah Mansor

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2024
06:06 MYT
Kronologi kes Rosmah Mansor
Hakim, K Muniandy membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes itu. - Gambar/ Bernama
ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes itu.
Berikut ialah kronologi kes Rosmah:
4 Oktober 2018 Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan lima kes gagal membuat penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
19 Disember 2018 Rosmah mengulangi pendirian tidak mengaku bersalah selepas semua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
12 Mei 2019 Perbicaraan kes di hadapan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dilapangkan kerana arahan kerajaan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengenai penularan wabak Covid-19.
4 Oktober 2020 Rosmah memfailkan permohonan untuk dibebaskan dan dilepaskan daripada semua 17 kes itu.
25 Februari 2021 Tarikh bicara ditetapkan bermula 15 November 2021.
12 Januari 2022 Prosiding hari itu dilapangkan kerana Rosmah memohon untuk menyingkirkan Mohamed Zaini daripada mendengar kesnya.
3 Mei 2023 Rosmah mengemukakan representasi pertama untuk membatalkan semua kes.
11 Mei 2023 Hakim baharu, K Muniandy menggantikan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
12 Mei 2023 Perbicaraan hari pertama kes ini sepatutnya berlangsung di hadapan Muniandy, dilapangkan selepas peguam Rosmah memberitahu telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
18 Ogos 2023 Rosmah mengemukakan representasi kedua untuk membatalkan semua kes berkenaan.
24 Ogos 2023 Pihak pendakwaan memberitahu memerlukan lebih masa untuk memutuskan representasi Rosmah.
1 Mac 2024 AGC masih belum membuat keputusan berhubung representasi ketiga Rosmah bagi menggugurkan semua kes itu.
4 Julai 2024 Rosmah membangkitkan beberapa perkara baharu dalam representasi ketiga untuk membatalkan kes terbabit.
23 Ogos 2024 Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memberitahu, status representasi ketiga itu sudah mencapai peringkat akhir.
6 September 2024 Status representasi ketiga yang dikemukakan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu, belum dimuktamadkan AGC.
6 September 2024 Hakim, K Muniandy menetapkan 11 Oktober bagi hujahan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua pertuduhan terhadapnya.
12 November 2024 Mahkamah Tinggi menetapkan keputusan 12 kes pengubahan wang haram dan lima tuduhan mengelak cukai terhadap Rosmah pada 19 Disember.
19 Disember 2024 Rosmah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#lepas dan bebas
#kronologi
#pengubahan wang haram
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan