MERSING: Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot, pada kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil di sini, lebih kurang 4.10 petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing meneruskan operasi mencari dan menyelamat (carilamat) mangsa, Mohamad Sufian Alwi, 32, hari ini.
Katanya, mangsa seorang lelaki tempatan kali terakhir dilihat memakai seluar pendek berwarna hijau dan tidak berbaju.
"Difahamkan selepas menarik pukat, tiba-tiba mangsa tidak dijumpai di atas bot nelayan terbabit yang dinaiki bersama empat nelayan lain.
"Operasi carilamat yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru disambung pada hari kedua dengan mengatur gerak bot PERKASA 31 dan dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Persatuan Nelayan Mersing dan komuniti nelayan setempat pada pukul 7.00 pagi tadi.
"Dalam pada itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Pejabat Zon Maritim Mersing. Kawasan pencarian dipecahkan kepada empat sektor dengan keluasan 74 batu nautika persegi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, operasi carilamat telah diaktifkan pada 8 Mac pada pukul 5.00 petang semalam.
Maritim Malaysia mengingatkan seluruh komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan terutama ketika berada di laut dalam cuaca buruk dan tangguhkan dahulu sebarang aktiviti sekirannya keadaan tidak mengizinkan.
Sebarang maklumat, aduan dan serta situasi kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat Mar 09 2024
Difahamkan selepas menarik pukat, mangsa tidak dijumpai di atas bot nelayan terbabit yang dinaiki bersama empat nelayan lain. - Foto Maritim Malaysia
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kru nelayan hilang terjatuh laut, APMM gerakkan operasi carilamat
Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot, pada kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil.