KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.
Menteri berkenaan V. Sivakumar berkata langkah itu selaras dengan matlamat agar program itu dapat dijenamakan semua sekali gus berupaya mengangkat imej TVET pada masa depan.
''Pada masa ini, kita lihat bahawa terdapat 12 kementerian yang terlibat dengan pendidikan TVET dan ia diselaraskan oleh Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
''Jadi ada cadangan termasuk daripada Kementerian Belia dan Sukan supaya program TVET diletakkan di bawah satu kementerian lain. Sekiranya ada yang mahu ia diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia, kita sanggup menyahut saranan itu, '' katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2023) serta Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCICOSH 2023) di sini pada Selasa.
Sivakumar mengulas kenyataan Ahmad Zahid berhubung cadangan meletakkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan itu dibuat ketika mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di bangunan Parlimen semalam.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata program berkaitan TVET yang dilaksana di pelbagai kementerian perlu dikendalikan oleh satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Sumber Manusia.
Yeoh berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaannya.
Setakat ini, sebanyak 22 IKBN ditubuhkan di seluruh negara bagi melatih golongan belia untuk memperoleh kemahiran teknikal dan boleh bekerja dengan sektor swasta mahupun bekerja sendiri.
Sementara itu, Sivakumar menyeru pihak industri dan majikan supaya bersedia dari sudut keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi menghadapi perubahan akibat pengaruh trend mega yang bakal berlaku di tempat kerja.
Beliau berkata ia berikutan pekerjaan pada masa depan akan lebih terfokus pada penggunaan teknologi yang mungkin mengambil alih fungsi manusia serta memberi kesan bukan sahaja kepada aspek fizikal tetapi juga mental.
''Pakar berpendapat wujudnya trend mega itu atas beberapa faktor termasuk perubahan iklim, revolusi teknologi, perubahan demografi akibat penuaan global, proses urbanisasi, ketidakstabilan geopolitik serta peningkatan kesedaran mengenai kesihatan mental, hak asasi manusia dan alam sekitar.
''Dengan adanya persidangan COSH 2023 dan SciCOSH 2023, ia akan mendedahkan pemain industri dan majikan tentang bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran baharu KKP dan memastikan impak negatif yang akan berlaku berada pada tahap minimum,'' katanya.
Persidangan COSH 2023 dan SciCOSH 2023 akan diadakan secara serentak di KL Convex pada 1 dan 2 Nov depan dengan penglibatan 80 wakil pempamer termasuk pihak industri KKP dan institusi pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (tengah) ketika melawat ke ruang pameran pada Majlis Pra-Pelancaran COSH 2023 dan SciCOSH di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto BERNAMA

Mesir, UAE akan laksana projek tenaga angin berskala besar - Laporan
Mesir pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion.

Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa.

Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

Kadar pengangguran belia turun satu peratus pada suku pertama 2023
Kadar pengangguran golongan belia turun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun sebelumnya.

Pekebun buah-buahan perlu berani lakukan transformasi
Pengusaha kebun buah-buahan di Melaka khususnya di Klebang perlu berani mentransformasikan kaedah pengurusan kebun mereka agar dapat memperoleh hasil pengeluaran yang lebih tinggi.

Majikan makin celik terhadap kepentingan tingkat kemahiran pekerja
Kesedaran para majikan di Malaysia terhadap kepentingan pembangunan bakat dan kemahiran pekerja kini semakin meningkat, khususnya selepas perluasan Akta PSMB 2001.

Kerjasama strategik kementerian, agensi berjaya kurangkan pengangguran - Sivakumar
Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar pengangguran terendah diikuti Perlis, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kementerian Sumber Manusia teliti cadangan polisi kesihatan suara
Setakat ini tiada sebarang polisi atau skim perlindungan khusus bagi suara dan profesion yang melibatkan suara.

7,000 peluang pekerjaan menanti di Karnival Kerjaya Selangor 2023
Karnival anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan UPPS itu akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini dengan lebih 30 majikan termasuk Astro, Westport dan Maybanb.

Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia
Zaini sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

NTW 2023: Usaha bersepadu rapatkan jurang kemahiran negara
Berlangsung dari 22-28 Mei depan, program itu akan membawakan segala macam peluang pembelajaran dan latihan untuk pelbagai industri secara percuma.

Isu pengambilan pekerja asing: 'Serah kepada SPRM untuk siasat' - PM Anwar
Beliau meminta orang ramai agar tidak melakukan sebarang telahan berkaitan isu berkenaan.

Lagi pegawai kanan Menteri Sumber Manusia ditahan SPRM
Seorang lagi pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.