PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuatkuasa 30 Jun 2022 hingga 29 Jun 2024, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Beliau yang juga Setiausaha MKI berkata jawatankuasa itu telah dinaik taraf dari Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia (PKJ) yang sebelum ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM.
Katanya Mesyuarat Majlis Raja Raja (MRR) kali ke-259 pada 30 Jun lepas berkenan untuk menaik taraf jawatankuasa ini, dan KSN diperkenan sebagai Pengerusi secara Ex-Officio berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya penyampaian watikah pelantikan Mohd Zuki telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI pada 1 Sept lepas.
Hakimah berkata keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri setelah mendapat perkenan Raja Pemerintah di negeri berkenaan, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan dua orang ahli yang dilantik oleh MKI dengan perkenan MRR.
Beliau berkata jawatankuasa yang diurusetiakan oleh JAKIM itu ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk membincangkan perkara dasar berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia antaranya bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia pada tahap terbaik selari dengan undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa selaras dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Jawatankuasa itu juga bertindak sebagai kumpulan pemikir yang menentukan dasar-dasar berkaitan tadbir urus terbaik hal ehwal Islam di Malaysia serta bertanggungjawab menyelaras dan mewujudkan keseragaman dalam pentadbiran dan pelaksanaan hal ehwal agama Islam di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Penyampaian watikah pelantikan Mohd Zuki (gambar) telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI pada 1 Sept lepas. - BERNAMA
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN
Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu
Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei.
Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN
Penggunaan teknologi seperti mesyuarat melalui sidang video telah diperkenal dalam sektor kerajaan sebelum ini, namun kini ia digunakan sepenuhnya.
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN
Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah GIACC, nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam
Arahan pertukaran ke atas dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob minggu lalu mengundang laporan awam.