Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang telah disemak semula, akan dilaksanakan pada 2017.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata inisiatif berkenaan terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Beliau berkata kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.
"Kurikulum ini memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan di samping memberi lebih penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemas mata pelajaran atau tema, dan melaksanakan pentaksiran formatif," katanya dalam kenyataan di portal rasmi beliau hari ini.
Selaras dengan itu, Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan telah merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah bagi meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi.
Selain itu, katanya, murid yang memerlukan bimbingan tambahan telah dan akan terus mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di sekolah.
"Guru berkualiti dan kepimpinan berprestasi tinggi juga ditempatkan di sekolah bagi memastikan murid di seluruh negara dibangunkan secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai isu pendidikan mewarnai 2016 yang merangkumi soal baik pulih sekolah hingga kepada isu pentaksiran antarabangsa yang mendapat perhatian ramai.
"Saya berterima kasih atas komen, kritikan dan cadangan mengenai pendidikan negara. Saya berpandangan bahawa sebarang komen yang dibuat, walaupun agak keras, adalah hasil keprihatinan semua pihak yang begitu mementingkan pendidikan berkualiti untuk anak-anak kita," kata beliau. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 31 2016
Kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. - Gambar fail
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Astro tawar 2 bulan akses percuma portal pendidikan 'Learning Port Interactive'
Program kesetiaan pelanggan Astro, Astro Rewards bekerjasama dengan portal pendidikan 'Learning Port Interactive' menawarkan dua bulan akses percuma portal itu yang bernilai lebih RM 700.
KSSM, KSSR baharu mula dilaksana 2017 - Mahdzir Khalid
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang telah disemak semula, akan dilaksanakan pada 2017.
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.