awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSU, ketua jabatan perlu beri perhatian serius terhadap isu prapelaksanaan projek - PM

Bernama
Bernama
13/11/2025
13:15 MYT
KSU, ketua jabatan perlu beri perhatian serius terhadap isu prapelaksanaan projek - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 2 Tahun 2025. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Setiausaha dan ketua-ketua jabatan perlu memberi perhatian serius terhadap isu prapelaksanaan projek seperti status tanah mendap atau wakaf, proses pengambilan tanah, hakisan serta jajaran laluan air.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa KSU dam ketua jabatan beri perhatian serius kepada isu prapelaksanaan projek seperti tanah mendap, wakaf, pengambilan tanah, hakisan dan laluan air.
  • Kekangan ini tidak boleh berulang kerana menyebabkan pembaziran peruntukan dan menjejaskan manfaat rakyat; penggunaan sumber tempatan perlu diutamakan.
  • Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara membincang hala tuju projek pasca RMK-11 termasuk garis panduan perlindungan utiliti dan kajian awalan pembangunan.

Beliau berkata kekangan sedemikian tidak boleh berulang kerana ia membawa kepada pembaziran peruntukan dan menjejaskan manfaat pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat.
"Seyogia, semua pihak terlibat perlu mengutamakan penggunaan sumber, produk dan peralatan tempatan bagi mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan, hatta penjimatan hasil langkah ini wajar disalurkan semula untuk meningkatkan kemudahan asas dan infrastruktur utama rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 2 Tahun 2025 yang menumpukan perbincangan kepada hala tuju dan penyelarasan projek pembangunan yang melangkaui Rancangan Malaysia Ke-11.
"Ini termasuk garis panduan berkaitan perlindungan dan pengalihan utiliti serta kajian awalan ke arah pengoptimuman pembangunan projek," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu prapelaksanaan projek
#Ketua Setiausaha KSU
#Ketua Jabatan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan