awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB digesa jalin kerjasama dengan pihak lain tingkat perkhidmatan

Bernama
Bernama
11/04/2017
14:28 MYT
KTMB digesa jalin kerjasama dengan pihak lain tingkat perkhidmatan
KTMB perlu menawarkan perkhidmatan 'lokomotif sewa khas' dan 'wagon' bagi membawa kargo dari Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) ke Padang Besar seterusnya ke selatan Thailand.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu menjalin kerjasama dengan pihak lain bagi mengembangkan perkhidmatan khususnya pengangkutan kargo ke selatan Thailand, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wira Othman Aziz.
Beliau berkata KTMB perlu menawarkan perkhidmatan 'lokomotif sewa khas' dan 'wagon' bagi membawa kargo dari Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) ke Padang Besar seterusnya ke selatan Thailand.
"Perkhidmatan pengangkutan rentas sempadan import dan eksport dapat membantu mengembangkan Pelabuhan Pulau Pinang.
"Kita tidak mempunyai wagon dan lokomotif yang cukup... KTMB perlu kaji semula perancangan perniagaan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tren Sewa Khas ke 200 Perkhidmatan Intermodal Trili Maju Sdn Bhd (TMSB) di sini, pada Selasa.
Turut hadir Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad, Pengerusi TMSB Mohamed Ali Abdul Samad dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq.
Othman berkata kerajaan melihat perkhidmatan pengangkutan amat penting terutamanya jumlah kargo di Padang Besar berpotensi mencecah 400,000 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki), bagaimanapun setakat ini KTMB hanya mengendalikan 240,000 TEU sahaja.
Justeru, beliau berkata kerjasama antara KTMB dan TMSB dilihat mampu meningkat pengurusan import dan eksport dalam skop yang lebih luas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Wira Othman Aziz
#KTMB
#Timbalan Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan