awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB laksana 3 saranan PM

Zef Othman
Zef Othman
06/08/2015
23:37 MYT
KTMB laksana 3 saranan PM
NAJIB: Ini akan dapat membantu rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih selesa. -Gambar fail
Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan beberapa langkah penambahbaikan terhadap perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilakukan bagi meningkatkan keselesaan pengguna pengangkutan awam di negara ini.
Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi blognya berkata, tiga cadangan yang dikemukakan kepada presiden KTMB telah dilaksanakan dengan serta-merta.
"Terima kasih kepada Presiden KTMB, Leftenan Kolonel (B), Haji Sarbini Tijan atas tindakan pantas yang diambil.
"Ini akan dapat membantu rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih selesa," katanya di sini, pada Khamis.
Najib mengemukakan cadangan itu selepas melakukan lawatan ke Stesen Sentral di sini pada Rabu.
Antara cadangan yang disuarakan perdana menteri termasuk penambahan kaunter tiket, penambahan dua kakitangan di kaunter tiket serta tambahan kaunter pada hujung minggu.
Susulan gesaan itu, KTMB telah menambah dua lagi kaunter tiket, masing-masing satu untuk bahagian utara dan selatan.
Pada masa sama, dua kakitangan tambahan ditugaskan ke setiap bahagian untuk pengeluaran tiket secara manual menjadikan jumlah kaunter keseluruhan bertambah daripada enam kepada 12.
Selain itu, KTMB akan menambah dua lagi kaunter di setiap satu bahagian menjelang hujung minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan kaunter sebanyak 16 berbanding 6 yang ada kini.
Topic Berkaitan
#kaunter tiket
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#KTMB
#najib
#Sarbini Tijan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan