KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan KTM komuter tambahan tanpa henti selama tiga hari dua malam bermula 4 Feb depan sempena sambutan Thaipusam.
Ketua Kawalan Operasi KTMB, Afzar Zakariya berkata, operasi KTM komuter tanpa henti itu melibatkan laluan Batu Caves- Sungai Gadut- Batu Caves dan Pelabuhan Klang-Batu Caves-Pelabuhan Klang dengan kekerapan perkhidmatan setiap satu jam.
"Perkhidmatan KTM Komuter tambahan ini akan bermula seawal 10 malam pada 4 Feb dari stesen Sungai Gadut ke stesen Batu Caves manakala tren tambahan pertama dari Pelabuhan Klang ke Batu Caves akan bermula seawal 11.43 malam pada hari yang sama.
"Sebanyak 24 stesen akan beropeasi selama 24 jam sepanjang tempoh tersebut antaranya Seremban, Nilai, Kajang dan Klang. Bagaimanapun, tiada perkhidmatan tren tambahan ke dan dari laluan stesen Tanjung Malim-Batu Caves -Tanjung Malim," katanya pada sidang media Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2023, di sini, hari ini.
Afzar berkata, pihaknya menganggarkan seramai 182,000 pengguna akan menggunakan perkhidmatan komuter sepanjang tempoh tersebut dengan jumlah penumpang dijangka meningkat pada hari kemuncak, 5 Feb (Ahad).
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya membuat persediaan awal dengan mendapatkan kad Komuter Link lebih awal dari tarikh perjalanan atau menggunakan kad Touch 'n Go dengan baki mencukupi bagi memastikan kelancaran perjalanan dan mengurangkan kesesakan di stesen.
"Pihak KTMB juga ingin mengingatkan semua pengguna yang bakal mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves diwajibkan memakai pelitup muka semasa berada di dalam tren seperti mana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada masa ini," katanya.
Para pengguna dinasihat mendapatkan informasi jadual tren tambahan ini di media sosial rasmi KTMB, laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my, dan juga melalui aplikasi MyRailtime KTMB. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan KTM komuter tambahan tanpa henti selama tiga hari dua malam bermula 4 Feb depan sempena sambutan Thaipusam.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Tren ditempah terlalu besar, pegawai kanan pengangkutan Sepanyol letak jawatan
Dua pegawai kanan pengangkutan Sepanyol meletak jawatan pada Isnin selepas 31 tren komuter yang ditempah didapati terlalu besar dan tidak muat melalui terowong.
KTMB sedia perkhidmatan tren komuter 24 jam sempena Thaipusam
KTMB sediakan perkhidmatan KTM komuter tambahan tanpa henti selama tiga hari dua malam bermula 4 Feb depan sempena sambutan Thaipusam.
Tren komuter terkeluar landasan, akibatkan kelewatan perjalanan
Sebuah tren komuter yang membawa 70 penumpang terkeluar daripada landasan di KM421.168 berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang tadi.