awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ku Nan selar gesaan pembangkang tutup Kementerian WP

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
10/04/2017
05:01 MYT
Ku Nan selar gesaan pembangkang tutup Kementerian WP
Tengku Adnan (tengah) mencuba permainan petanque ketika lawatan ke Taman Pudu Ulu Fasa 2 di Cheras pada 10 April 2017. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pembangkang disifatkan masih belum faham peranan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha menghijaukan ibu kota.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya kesal kerana wujud kalangan yang sewenang-wenangnya menyebar fitnah tentang keburukan DBKL.
Tegasnya, ia disusuli ugutan mahu menutup Kementerian Wilayah Persekutuan seandainya berkuasa dalam kerajaan kelak.
"Wakil rakyat pembangkang adakan pertemuan (dengan rakyat), maki hamun Kementerian Wilayah dan sebut mereka akan tutup kementerian jika mereka berkuasa.
"Persoalannya dia tak tahu apa kita (Kementerian Wilayah) buat. Berbohong kepada rakyat, kata kita beri pembangunan tanpa memikirkan persekitaran," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Taman Pudu Ulu Fasa 2, di sini, hari ini.
Projek fasa kedua ini melibatkan pembinaan kemudahan surau baharu dan penambahan pondok rehat serta tiang lampu yang di­seragamkan dengan fasa pertama melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM11 juta dan disiapkan dalam tempoh satu tahun.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa Kerajaan Persekutuan membubarkan Kementerian Wilayah Persekutuan yang padanya mempunyai tugas bertindih dengan pihak berkuasa tempatan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
Tegasnya, peruntukan RM1.161 bilion bagi tahun 2017 untuk kementerian itu boleh diagihkan atau dibelanjakan bagi membina rumah mampu milik untuk pasangan muda dan keluarga berpendapatan rendah.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sahabat Taman Rekreasi Pudu Ulu, Tan Sri Lee Lam Thye menjelaskan inisiatif DBKL untuk mewujudkan satu taman yang besar amat dialu-alukan penduduk, terutama sekitar Cheras dan Pandan, yang akan bersama menjaga kemudahan awam itu.
Jelasnya, pembangunan pesat di tengah ibu kota perlu seiring pembangunan insan dengan mengambil kira aspek alam sekitar bagi menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan warga kota.
Topic Berkaitan
#DBKL
#hijaukan ibu kota
#Kuala Lumpur
#Lee Lam Thye
#Tengku Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan