Setelah mengharungi 12 hari kempen dengan setiap pelusuk kampung, taman perumahan dan pulau diredah maka tibalah masanya pula untuk 17,713 pengundi berdaftar di Kuala Besut memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka untuk lima tahun lagi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut.
Gelanggang pilihan raya yang dibuka berikutan kematian penyandangnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Dr A.Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat komplikasi paru-paru menemukan calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dengan Endot@Azlan Yusof, 48, dari Parti Pas.
Apa yang menarik mengenai PRK kali ini ialah ianya dilakukan dalam suasana ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan situasi ini adalah sama seperti yang berlaku di tempat ini pada 34 tahun lalu.
Pada bulan Ramadan tahun 1979, satu pilihan raya kecil di pekan ini telah diadakan berikutan kematian penyandangnya Zakaria Muda dan secara kebetulan, Zakaria meninggal dunia pada tarikh 26 Jun juga .
Dari hari penamaan calon yang berlangsung pada 12 Julai lalu, kempen pilihan raya begitu galak dijalankan dengan pelbagai cara seperti kempen ‘turun ke padang’ bertemu rakyat dan juga ceramah.
Lazimnya, calon-calon yang bertanding ini akan menggunakan tempat tumpuan masyarakat seperti pasar-pasar borong, pasar tani dan bazar Ramadan untuk melobi pengundi di sini untuk menyokong mereka dalam pilihan raya ini.
Sepanjang hari berkempen ini juga, BN dilihat menggunakan sebaik mungkin jentera-jentera pilihan rayanya termasuklah dengan ‘menurunkan’ pelbagai kementerian dan jabatan ke daerah ini dan menganjurkan pelbagai program yang berteraskan bantuan kepada masyarakat.
Malah kehadiran berulang-ulang kali, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa Menteri Besar seperti Menteri Besar Perak, Kedah serta Ketua Menteri Sabah ke Kuala Besut sekurang-kurangnya mampu melakukan perubahan pembangunan kepada daerah ini.
Tengku Zaihan juga gigih menyelongkar segenap pelusuk kawasan ditemani jenteranya dalam memastikan pengundi-pengundi di sini menjadikan 'Kuala Besut Bertambah Biru'.
Pelbagai janji, bantuan kewangan dan projek pembangunan seperti perumahan rakyat dan sekolah telah direncanakan termasuk peruntukan RM250 juta untuk projek mendalamkan kuala Sungai Besut yang setiap hari jadi menjadi masalah kepada pengusaha bot dan nelayan di Kuala Besut ini.
Walaupun terdapat cakap-cakap politik yang mengatakan bahawa Timbalan Pengarah Pilihan Raya DUN Kuala Besut yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh tidak begitu akrab dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, namun ini bukanlah menjadi permasalahan bagi BN untuk terus bergerak memenangi hati rakyat Kuala Besut sekali lagi dalam pilihan raya ini.
Sementara itu, Pas juga dilihat tidak mahu ketinggalan dalam sesi kempen mereka dan platform ceramah-ceramah yang diadakan saban malam selepas solat Terawih dijadikan medan untuk mempersoalkan segala isu-isu setempat dan nasional yang masih belum direncanakan oleh kerajaan.
Isu sosial, pertanian, pendidikan dan juga pembangunan rakyat menjadi agenda utama kempen Pas.
Meskipun, calon Pas, Azlan Yusof atau Che Long ‘digam’ oleh Pas negeri kerana kesilapannya mengeluarkan kenyataan mengenasi aspirasinya sekiranya menjadi wakil rakyat, beliau dilihat gigih meneruskan kempennya di setiap tempat di Kuala Besut.
Malah, kerancakan kempen mereka turut dibantu dengan kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lalu yang telah menarik ratusan rakyat Kuala Besut dan kawasan-kawasan sekitar terutama dari negeri jiran, Kelantan untuk bertandang ke daerah perikanan ini.
Meskipun, difahamkan wujudnya ketidaksefahaman antara pucuk pimpinan Pas Besut dan Pas negeri selain pertikaian kerusi dengan PKR Terengganu yang menyebabkan jentera pilihan raya Pas dalam PRK ini banyak didatangkan dari negeri Kelantan serta calon yang dipertaruhkan, Che Long bukanlah calon pilihan Presiden Pas sendiri, ini tidaklah menjadi halangan Pas untuk memastikan misi 16:16: Terengganu Baru berjaya dicapai.
Diharapkan, para pengundi dapat membuat keputusan bijak dalam pilihan raya hari ini apatah lagi kuasa penentu kini terletak di tangan mereka.
Aizat Sharif
Tue Jul 23 2013
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Kuala Besut Bertambah Biru atau 16:16: Terengganu Baru?
Apa yang menarik mengenai PRK kali ini ialah ianya dilakukan dalam suasana ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.