Pasukan Kuala Lumpur mensasarkan untuk muncul juara Liga Premier 2020, untuk membolehkan pasukan itu kembali ke saingan utama Liga Malaysia, Liga Super pada musim seterusnya.
Bagi merealisasikan objektif itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Samad meminta semua para pemain dan pengurusan pasukan, untuk memberikan fokus dan komitmen penuh.
Beliau yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan itu turut memberikan amaran, bahawa mana-mana pemain yang gagal menyerlah dan sekadar menjadi 'penumpang' dalam pasukan, akan disingkirkan daripada pasukan kendalian Muhammad Nidzam Adzha itu.
"Saya merasakan pasukan ini tidak sepatutnya berada di Liga Premier pada asalnya, saya tidak memahami apa yang berlaku pada musim lepas (sehingga tersingkir dari Liga Super) kerana kita mempunyai bakat yang secukupnya.
"Matlamat kita adalah untuk muncul juara Liga Premier musim ini, kerana tidak mahu Kuala Lumpur duduk di divisyen kedua lebih dari setahun, kita harus menang perlawanan pertama dan terus kekal di tangga teratas sehingga akhir musim. Kontrak (pemain) dengan KLFA adalah untuk menzahirkan prestasi permainan yang terbaik dan itu tanggungjawab mereka.
"Kita sebagai majikan, tanggungjawab kita adalah memastikan semua yang dijanjikan (gaji, kelengkapan dan kemudahan) dipenuhi," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani pemain bagi pasukan Liga Premier musim 2020 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Rabu.
Tanpa mendedahkan jumlah bajet, Khalid berkata dana bagi musim ini yang bakal bermula pada 28 Feb, mencukupi untuk perbelanjaan pasukan dan pembayaran gajji pemain.
Seramai 26 pemain telah menandatangani kontrak pada hari ini, termasuk dua pemain import, iaitu pemain tengah dari Brazil, Paulo Josue yang dinamakan sebagai kapten pasukan selepas kekal bersama pasukan itu buat musim keempat dan pemain baharu di bahagian pertahanan, Azamat Baimatov dari Kyrgyzstan.
Antara pemain tempatan bersama skuad 'The City Boys' adalah pemain kebangsaan, Akram Mahinan, pemain veteran Shukor Adan, S. Subramaniam, Qayyum Marjoni dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim.
Sementara itu, Muhammad Nidzam berkata keputusan mengenai dua lagi pemain import akan diputuskan selepas aksi persahabatan menentang UiTM FC pada Jumaat ini, di mana pasukan itu sedang menguji dua pemain di bahagian serangan, iaitu pemain Perancis, Guy Gnabouyou dan bekas pemain Melaka United, Davy Angan dari Ivory Coast.
"Mesej dari presiden adalah jelas, jadi kita akan berazam untuk mencapai matlamat itu. Kita perlu membentuk keharmonian dan kerasian, kerana hanya tujuh pemain dari musim lalu kekal bersama pasukan...Lebih kurang 70-80 peratus adalah pemain baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020
KHALID: Matlamat kita adalah untuk muncul juara Liga Premier musim ini, kerana tidak mahu Kuala Lumpur duduk di divisyen kedua lebih dari setahun. - Gambar fail
'Bahang' iklim amat ketara di Asia, apa tindakan kita?
Pakar dari Institut Meteorologi Royal Netherlands, Carolina Pereira Marghidan menekankan penyampaian maklumat lebih berkesan menggunakan teknologi terkini segera diguna pakai dalam mendepani isu perubahan iklim yang semakin merosot sehingga menjejaskan kesejahteraan manusia.
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.