awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur rekod sitaan kenderaan mewah tertinggi

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2025
04:45 MYT
Kuala Lumpur rekod sitaan kenderaan mewah tertinggi
Muhammad Kifli menunjukkan antara kenderaan mewah yang dirampas dalam operasi dijalankan.
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara sejak 1 Julai lalu.

Ringkasan AI
  • Kuala Lumpur mencatat jumlah tertinggi kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury sejak 1 Julai, dengan 93 daripada 258 kenderaan disita, termasuk 104 kenderaan dalam operasi terkini dari 7 hingga 9 Ogos.
  • Kesalahan yang dikesan termasuk tiada Lesen Kenderaan Motor, tiada insurans, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, serta nombor pendaftaran belum berdaftar dan kesalahan teknikal lain.
  • Sebanyak 627 notis saman telah dikeluarkan, dan JPJ menegaskan tiada kompromi terhadap pelanggaran undang-undang, sambil menggalakkan orang awam melaporkan kesalahan melalui aplikasi MyJPJ atau e-mel rasmi.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, siri terbaharu operasi dari 7 hingga 9 Ogos lalu sahaja menyaksikan 104 kenderaan ditahan melibatkan pemilik warga tempatan dan warga asing.
"Statistik operasi sejak 1 Julai lalu menunjukkan daripada 258 kenderaan pelbagai jenama yang disita, sebanyak 93 daripadanya di Kuala Lumpur, diikuti Selangor (61), Pulau Pinang (28), Sarawak (16) dan Kelantan (15).
"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada perlindungan insurans, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, mempamerkan nombor pendaftaran belum berdaftar serta pelbagai kesalahan teknikal lain," katanya dalam sidang akhbar di Depoh Sita JPJ Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Katanya, sepanjang tempoh sejak 1 Julai lalu, sebanyak 627 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Semua kenderaan disita mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan berkaitan sebelum diserahkan semula kepada pemilik selepas mereka memperbaharui LKM dan insurans.
"JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya," katanya.
Menurutnya, operasi ini akan terus diperkukuh bagi menjamin keselamatan dan kemampanan sektor pengangkutan negara.
"Mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta 333 dan kaedah-kaedah berkaitan akan dikenakan tindakan tegas.
"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai pelanggaran undang-undang boleh melaporkan aduan melalui aplikasi MyJPJ atau e-mel [email protected] berserta butiran lengkap," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JPJ
#kereta mewah
#ahli perniagaan
#Ops Luxury
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan