Cerapan Jabatan Alam Sekitar setakat jam 5 petang tadi mendapati 25 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Lembah Klang paling teruk terjejas dengan kesemua kawasan cerapan mencatatkan bacaan tidak sihat.

Empat kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu Pelabuhan Klang (178), Shah Alam (160), Kuala Selangor (141), Banting dan Petaling Jaya, masing-masing (134).

Kawasan lain mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda, Kuala Lumpur (131).

Di Perak, tiga kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu SK Jalan Pegoh, Ipoh (127), Seri Manjung (124) dan Tanjung Malim (119).

Dua puluh lima kawasan lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Tiada kawasan yang mencatatkan kualiti udara yang baik hari ini.