KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan diaktifkan susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan berada pada tahap tidak sihat.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata pelan tindakan itu diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan situasi jerebu yang melanda negara.
Beliau memaklumkan tiga stesen pengawasasn kualiti udara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat hari ini iaitu di Shah Alam, Selangor dengan bacaan IPU 149, serta Kuching (IPU 152) dan Serian (IPU 152) di Sarawak.
"Pergerakan angin dari arah tenggara telah membawa asap jerebu dari kawasan barat Kalimantan ke selatan Sarawak dan menyebabkan peningkatan kepada bacaan IPU di kawasan-kawasan tersebut,
"Manakala, peningkatan bacaan IPU yang direkodkan di stesen pengawasan kualiti udara di Shah Alam adalah berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berhampiran stesen yang mempengaruhi bacaan IPU semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Wan Abdul Latiff berkata imej satelit Pusat Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) 20 telah mengesan 64 titik panas di Sumatera, Indonesia, 55 di Kalimantan, Indonesia dan lapan di dalam negara iaitu masing-masing empat di Sarawak dan Sabah.
Menurutnya, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.
Beliau menasihatkan semua pemilik tanah untuk memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang serta kawasan pertanian dan industri.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah dan premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.
Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menyatakan mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, selain kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Tiga stesen pengawasasn kualiti udara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat hari ini iaitu di Shah Alam, Selangor dengan bacaan IPU 149, serta Kuching (IPU 152) dan Serian (IPU 152) di Sarawak. - Gambar fail/Bernama

PM pelawa syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot sambung semula penerbangan langsung ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

Semakan semula Akta Industri Pelancongan dijangka siap suku pertama 2026 - MOTAC
Kajian semakan semula Akta 482 telah dimulakan pada Ogos 2023 melalui pelaksanaan 54 sesi libat urus.

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v

Kebakaran paip gas: JAS akan jalankan pemantauan kualiti udara
JAS Selangor sudah menghantar pasukan awal ke lokasi berkenaan bagi membuat penilaian awal.

Kebakaran hutan Phuket terkawal, kebimbangan kualiti udara berterusan di seluruh negara
Kebakaran itu meliputi kawasan kira-kira 1.6 hektar dan tindakan pantas pasukan negeri memastikan api dapat dikawal sepenuhnya pagi Jumaat.

Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.

Pelan Tindakan Udara Bersih bakal dimuktamadkan bagi menangani isu kualiti udara
Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan 2025-2040 (NCAAP) yang bertujuan menangani cabaran berkaitan kualiti udara di negara ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.

Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.

Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.

Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.

Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi
Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.