awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuarantin: 30 pelajar Malaysia tiba dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia dibenar pulang

Bernama
Bernama
17/04/2020
05:07 MYT
Kuarantin: 30 pelajar Malaysia tiba dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia dibenar pulang
Semua mereka yang ditempatkan di Pusat Pemantauan di AKEPT, Bandar Enstek, dibenarkan pulang hari ini. Gambar fail/ Bernama.
Proses kuarantin bagi 30 pelajar Malaysia yang tiba di tanah air dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia, 2 April lepas, tamat selepas mereka dibenarkan pulang pada Jumaat.
Kesemua mereka yang dikuarantin selama 14 hari di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, di sini, dibenarkan berbuat demikian pada jam 9 pagi.
Daripada jumlah berkenaan, 15 orang adalah dari Indonesia, 14 orang dari Sepanyol dan seorang dari United Kingdom yang kesemuanya membabitkan 11 lelaki dan 19 wanita.
Menurut wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kesemua 29 individu pulang dengan diambil oleh ahli keluarga, manakala seorang dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.
Sebelum ini, kesemua mereka yang pulang atas tanggungan sendiri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 3.30 petang, 2 April lepas, susulan penularan wabak COVID-19 di negara yang terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKEPT
#enstek
#Indonesia
#KLIA
#Kuala Lumpur
#kuarantin
#Sepang
#sepanyol
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan