IPOH: Memasuki hari ke 31, pasukan penyelamat belum membuat keputusan berhubung operasi mencari dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus dalam kejadian kuari runtuh di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh semua agensi terlibat, namun ia masih belum membuahkan hasil.
“Setakat ini belum membuahkan hasil lagi tapi kita belum membuat sebarang keputusan lagi sama ada hendak menghentikan operasi atau tidak.
“Setakat hari ini kita masih lagi meneruskan operasi untuk mengesan kedua-dua mangsa. Itu jaminan yang saya boleh bagi. Tapi lepas ini kalau kita berjumpa dengan semua agensi berkaitan dan buat keputusan sebaliknya itu belum tahu lagi… sudah masuk hari ke 31 kita masih lagi meneruskan usaha untuk mengesan kedua-dua mangsa,” kata Mior Faridalathrash.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi 8 Mac lalu, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi masih hilang dan dikhuatiri tertimbus.
Mangsa yang dipercayai masih tertimbus, dikenali sebagai Kheow Loo Siew Soon, 49 dan Itam Lasoh, 43.
Dua lagi mangsa, Mohd Razli Suhaimi, 35 mengalami patah kaki dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan manakala rakannya Pan Bah Tam, 38, mengalami cedera ringan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 08 2022

Memasuki hari ke 31, pasukan penyelamat belum membuat keputusan berhubung operasi mencari dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus dalam kejadian kuari runtuh di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. - Gambar fail

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

AWANI Pagi: Usahawan FELDA | Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung
#AWANIpagi membincangkan isu sekuriti makanan, antaranya agensi yang terlibat dalam agenda sekuriti makanan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025.

Kuari runtuh: Lengkapkan kertas siasatan, isytihar kematian - Ketua Polis Perak
Setelah kertas siasatan lengkap dan dibawa kepada pihak koroner, proses bagi mengeluarkan sijil kematian dapat dilakukan.

Kuari runtuh: Belum putus henti operasi mencari
Ketua Polis Perak beri jaminan operasi mengesan mangsa yang tertimbus akan diteruskan walaupun kerja pencarian sudah masuk hari ke 31.

Runtuhan batu kuari: Syarikat terlibat ada lesen operasi
Kesemua empat mangsa yang terlibat dalam kejadian bukit batu kapur runtuh di kawasan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh pada pagi Selasa, telah dikenal pasti.

Runtuhan batu kuari: Pergerakan tanah dikhuatiri masih berlaku
Kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan ditangguhkan sehingga mendapat nasihat daripada pihak JMG.