awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuari runtuh: Cebisan pakaian, tulang disyaki milik mangsa kedua ditemui, operasi mencari ditamatkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/09/2022
15:17 MYT
Kuari runtuh: Cebisan pakaian, tulang disyaki milik mangsa kedua ditemui, operasi mencari ditamatkan
Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, ditamatkan hari ini.
IPOH: Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, dekat sini, ditamatkan hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penamatan itu dibuat ekoran penemuan kedua-dua jengkaut, cebisan pakaian dan tulang manusia, dipercayai milik kedua-dua mangsa yang dilaporkan hilang ketika kejadian pada 8 Mac lalu.
Beliau mengesahkan bahawa hari ini pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan rangka jengkaut yang disyaki dikendalikan oleh mangsa kedua dari timbunan batu di tempat kejadian.
“Di samping itu, pencarian di sekitar lokasi rangka jengkaut tersebut telah berjaya menemui cebisan pakaian dan tulang manusia dipercayai milik mangsa kedua yang dilaporkan hilang semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Menurutnya, cebisan pakaian dan tulang manusia itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tujuan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mangsa.
Beliau merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta membantu dalam operasi mencari, khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), pasukan SMART, Pejabat Tanah dan Daerah Kinta, Universiti Teknologi Petronas dan pengusaha kuari.
Pada Selasa, pasukan penyelamat menemukan cebisan tulang, baju serta bangkai jengkaut di lokasi berkenaan.
Pada 8 Mac lalu, insiden runtuhan batu di tapak kuari di situ mengakibatkan dua mangsa tertimbus.
Mereka dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Topic Berkaitan
#operasi mencari
#kuari runtuh
#Keramat Pulai
#polis perak
#jengkaut
#cebisan pakaian
#tulang manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan