SHAH ALAM: Media sosial menjadi medium utama rakyat dunia untuk menyampaikan maklumat dan keadaan semasa yang berlaku kepada penduduk Palestin.
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesan daripada perkembangan tersebut, isu pencerobohan Israel di bumi Palestin mendapat perhatian dunia sehingga wujud suara dunia menolak penindasan dan kezaliman berkenaan.
“Ribuan rakyat United Kingdom (UK) keluar berarak di Kota London semalam (Sabtu) dengan perlindungan dan kawalan pihak keselamatan yang berbeza pendirian dengan Perdana Menteri, Rishi Sunak mendesak membatalkan perarakan itu.
“Amerika Syarikat (AS) juga tidak bersama Joe Biden sebagai Perdana Menteri kerana rakyat mula mengecam bantuan kewangan yang diluluskan Senat untuk Zionis membunuh anak kecil Palestin.
“Mereka mempopularkan slogan ‘bukan atas nama saya’ bagi menolak pendirian kerajaan AS menyokong negara haram itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Tambah beliau, Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga terpaksa mengubah prinsip untuk bersama rakyat mendesak gencatan senjata di Palestin.
Menurutnya, pendirian rakyat dan pemimpin negara Islam senada mengecam tindakan itu meskipun sebelum ini ada negara Arab yang mendukung normalisasi dengan negara haram hasil perjanjian Oslo pada 1992.
“Perjuangan rakyat Palestin disokong oleh kuasa besar Rusia dan China yang berterusan melobi gencatan senjata serta bantuan kemanusiaan untuk negara itu.
“Meskipun kita faham Rusia seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada negara Barat menerusi NATO yang mengecam negara itu dalam perang Rusia-Ukraine, tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi pencabar kepada AS,” ujarnya.
Sidang Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu di Arab Saudi sebulat suara mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memuktamadkan gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta menyekat sebarang tindakan negara haram itu yang melanggar undang-undang antarabangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 13 2023
Mohd Khairuddin berkata, kesan daripada perkembangan tersebut, isu pencerobohan Israel di bumi Palestin mendapat perhatian dunia sehingga wujud suara dunia menolak penindasan dan kezaliman berkenaan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.