awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuih buah tanjung si pemanis mulut laris sepanjang bulan Ramadan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/04/2021
00:21 MYT
Kuih buah tanjung si pemanis mulut laris sepanjang bulan Ramadan
Pembuatannya berasaskan kuning telur itik yang di rebus dalam gula mendidih. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Lagu Bunga Tanjung alunan Allahyarham Datuk Sharifah Aini lunak didengar seperti mana rasa kuih buah tanjung si pemanis mulut yang popular di Kelantan.
Sesuai dengan taraf yang tersendiri, buah tanjung antara kuih mahal dari segi pembuatannya dan juga jualannya.
Kuih buah tanjung hanya dibuat berasaskan kuning telut itik, atau kuning telur, tepung beras, dan gula.
Menurut pengusaha kuih tradisional Rosmaini Mat Ali, istimewanya kuih ini, ianya hanya diacu atau dibentuk menggunakan jari sahaja seolah-olah menyamai buah tanjung sebenar.
"Kuih buah tanjung ini kita bentuk menggunakan jari sahaja seperti buah tanjung sebenar, tidak menggunakan mesin.
"Bahannya adalah tepung beras, kuning telur, gula dan air sahaja.
"Sepanjang bulan puasa, saya akan gunakan sehingga 8,000 biji telur sehari bagi membuay kuih ini untuk dijual di bazar Ramadan," katanya.
Kuih buah tanjung dijual dengan harga dua atau tiga biji untuk RM1.
Rasanya lemak manis, seakan sama dengan rasa jala emas.
Menurut Rosmaini, buah tanjung antara pemanis mulut terkenal di Kelantan dan menjadi kuih yang dicari sepanjang bulan Ramadan.
Namun awas, rasanya yang manis dan tinggi kolestrol kerana pembuatannya berasaskan kuning telur itik yang di rebus dalam gula mendidih.
Topic Berkaitan
#kuih
#buah tanjung
#Sharifah Aini
#Kelantan
#ramadan2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan