awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuil Sri Maha Mariamman, premis One City dipantau sehingga keselamatan kawasan terjamin - IGP

Fareez Azman
Fareez Azman
10/12/2018
04:19 MYT
Kuil Sri Maha Mariamman, premis One City dipantau sehingga keselamatan kawasan terjamin - IGP
Menurut Fuzi, satu mesyuarat akan diadakan bersama pihak polis Selangor untuk melihat sudut keselamatan di sekitar kuil berkenaan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Polis akan meneruskan pemantauan keselamatan di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 di Seafield dan premis One City di Subang Jaya sehingga keadaan dipastikan selamat.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun satu mesyuarat akan diadakan bersama pihak polis Selangor untuk melihat sudut keselamatan di sekitar kuil berkenaan.
“Petang ini saya akan adakan mesyuarat dengan pihak Selangor satu situasi keselamatan di sekitar kuil sekiranya ada maklumat lain yang mengancam keselamatan. Kalau tidak kita sudah 'scale down' jumlah pegawai anggota. Kita tidak mahu ramaikan anggota, akibat kekurangan anggota. Kita mesti membuat pengawasan," tambahnya.
Tambahnya, tiada peningkatan tangkapan dalam Ops Seafield dan 106 individu masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di kuil berkenaan pada awal November 25 lalu.
Topic Berkaitan
#kuil sri maha mariamman
#Ops Seafield
#rusuhan
#seafield
#Subang Jaya
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan