Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuh agenda membantu rakyat dalam mendepani kemunculan parti-parti baharu ketika ini.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau juga bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bahawa BN tidak boleh memandang rendah terhadap kemunculan parti baharu itu.
"Namun apa yang penting orang dalam parti kita harus fokus kepada agenda membantu rakyat kerana saya percaya kalau ini dilakukan, kemunculan parti-parti baharu itu hanyalah menjadi satu lagi kumpulan yang mahu menjatuhkan dan mengambil alih kuasa kita.
"Saya percaya rakyat boleh membaca dan menilai sendiri apa yang kita buat selama ini kerana presiden parti baharu itu dalam kalangan kita dahulu. Kalau dia nak cakap sesuatu mengapa tidak dilaksanakan semasa masih dalam kerajaan," kata Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Tanpa menamakan parti berkenaan, Mohd Shafie yang bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas setelah digantung keanggotaannya pada 24 Jun lepas, telah mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, pada 22 Sept lepas, untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.
Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menubuhkan parti baharu yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Di Lahad Datu, seorang lagi Anggota MT UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO dan BN sentiasa bersedia menghadapi kemunculan parti baharu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata isu kemunculan parti baharu adalah antara perkara sama yang sering dihadapi UMNO dan BN setiap kali menjelang pilihan raya umum. - BERNAMA
"UMNO dan BN kena berhadapan (kemunculan) parti baharu. Maknanya bersiap sedia...persediaan menuju kepada pilihan raya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Silam di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata perpaduan utuh dalam kalangan anggota UMNO termasuk di peringkat akar umbi, berupaya menjadi penyumbang utama kejayaan dan kekuatan parti dan tidak akan mampu diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata perpaduan itu perlu disokong dengan sikap setiap anggota yang harus menyedari tanggungjawab masing-masing untuk terus mempertahankan perjuangan parti. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2016
BN perlu memperkukuh agenda membantu rakyat dalam mendepani kemunculan parti-parti baharu ketika ini. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.