awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KOPEMA terima anugerah penghargaan, iktiraf peranan pembangunan ekonomi
Kabinet puas hati penjelasan Menteri Pertahanan mengenai isu Angkatan Tentera Malaysia
Kematian dalam tahanan ICE cecah rekod tertinggi dalam tempoh 20 tahun pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kulit Lestari ungguli INNOVATHON 3 minggu keenam

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2026
07:10 MYT
Kulit Lestari ungguli INNOVATHON 3 minggu keenam
Produk alternatif kulit konvensional dibuat daripada tumbuhan seperti batang pisang, daun nanas, buluh, dan pelepah sawit, memberikan tekstur dan kemasan unik serta estetik.
KUALA LUMPUR: Program INNOVATHON 3 menyaksikan pasukan Kulit Lestari dinobatkan sebagai pemenang minggu keenam pada Sabtu selepas berjaya memukau barisan juri menerusi inovasi bahan kulit berasaskan serat semula jadi daripada sisa tanaman.

Ringkasan AI
  • Pasukan Kulit Lestari menang INNOVATHON 3 minggu keenam dengan inovasi bahan kulit berasaskan serat semula jadi daripada sisa tanaman.
  • Produk alternatif kulit konvensional dibuat daripada tumbuhan seperti batang pisang, daun nanas, buluh, dan pelepah sawit, memberikan tekstur dan kemasan unik serta estetik.
  • Penggunaan resin semula jadi sebagai pengikat fiber menjadikan bahan kulit mesra alam ini lebih tahan, mudah dilupuskan, dan lebih lestari berbanding kulit sintetik, merangkumi pelbagai produk seperti kasut, beg, barangan cenderamata, dan lain-lain.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Sesi pembentangan menyaksikan pasukan itu mengetengahkan produk alternatif kepada kulit konvensional yang dihasilkan daripada pelbagai jenis tumbuhan seperti batang pisang, daun nanas, buluh, dan pelepah sawit.
Setiap bahan menghasilkan tekstur dan kemasan berbeza, sekali gus menjadikan produk akhir lebih unik serta mempunyai nilai estetik tersendiri.
Batang pisang menghasilkan tekstur fiber yang lebih menonjol, manakala daun nanas memberikan kemasan lebih halus.
Buluh dan pelepah sawit pula bersifat keras, tahan lasak serta mempunyai ketebalan dan prestasi yang baik sebagai bahan kulit tiruan.
Menurut pasukan Kulit Lestari, proses penghasilan melibatkan kerjasama dengan pekebun tempatan.
Mesin khas dibekalkan kepada pekebun bagi mengekstrak fiber daripada sisa tanaman, sebelum fiber tersebut dibeli semula dan diproses menjadi bahan kulit.
Keunikan utama inovasi ini terletak pada penggunaan teknologi resin semula jadi sebagai pengikat fiber, sekali gus membentuk bahan kulit mesra alam yang boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk seperti kasut, beg kecil, barangan cenderamata, penutup lanyard dan beg tangan.
Selain lebih lestari, produk kulit keluaran Kulit Lestari didapati lebih tahan berbanding kulit sintetik di pasaran, mudah dilupuskan dan lebih mesra alam sekitar.
INNOVATHON 3 minggu keenam ini dijurikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Nor Azmie Diron; juri selebriti, Erra Fazira; Pengarah Kreatif Mellooi Creation Sdn Bhd, Melinda Looi; serta pelabur teknologi teroka, Shahril Hamdan.
Pelakon Amelia Henderson dan Awal Ashaari diberi tanggungjawab sebagai hos rancangan, manakala Ceddy Ang tampil sebagai hos kapsul.
Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi pula berperanan sebagai Mentor INNOVATHON yang membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Program TV inovasi terbaik Asia ini merupakan hasil kerjasama Astro bersama Kementerian Ekonomi dan MOSTI, dengan skala penganjuran lebih besar serta penyertaan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Saksikan pelbagai idea dan ciptaan inovatif kreatif setiap Sabtu, jam 9 malam, secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase serta penstriman menerusi Astro GO dan sooka.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah inovasi yang dibawa oleh pasukan Kulit Lestari yang membuat mereka dinobatkan sebagai pemenang INNOVATHON 3? A: Pasukan Kulit Lestari memperkenalkan bahan kulit berasaskan serat semula jadi daripada sisa tanaman seperti batang pisang, daun nanas, buluh, dan pelepah sawit sebagai produk alternatif kepada kulit konvensional.
  • Q: Bagaimana proses penghasilan bahan kulit berdasarkan inovasi yang dipersembahkan oleh pasukan Kulit Lestari? A: Pasukan Kulit Lestari bekerjasama dengan pekebun tempatan untuk mengekstrak fiber daripada sisa tanaman menggunakan mesin khas sebelum fiber tersebut diproses dengan teknologi resin semula jadi sebagai pengikat, menjadikan bahan kulit mesra alam.
  • Q: Apa keunikan produk kulit daripada Kulit Lestari berbanding dengan kulit sintetik di pasaran? A: Produk kulit dari Kulit Lestari didapati lebih tahan, mudah dilupuskan, lebih mesra alam, serta mempunyai kualiti yang baik berbanding kulit sintetik di pasaran.
  • Q: Siapakah personaliti yang terlibat dalam menjuri INNOVATHON 3 minggu keenam? A: Personaliti yang terlibat dalam menjuri INNOVATHON 3 minggu keenam termasuklah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Nor Azmie Diron; juri selebriti Erra Fazira; Pengarah Kreatif Mellooi Creation Sdn Bhd, Melinda Looi; serta pelabur teknologi teroka, Shahril Hamdan.
  • Q: Siapakah yang bertanggungjawab sebagai Mentor INNOVATHON dalam program tersebut? A: Datuk Aznil Nawawi bertindak sebagai Mentor INNOVATHON yang memberi bimbingan dan motivasi kepada para peserta program tersebut.

Topic Berkaitan
#INNOVATHON
#Kulit Lestari
#inovasi bahan kulit
#serat semula jadi
#sisa tanaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan