awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpul duit setahun, akhirnya tak dapat melancong kerana ditipu ejen

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
15/12/2019
02:08 MYT
Kumpul duit setahun, akhirnya tak dapat melancong kerana ditipu ejen
Setakat bulan ini, mangsa sudah memasukkan wang berjumlah RM56,360 kepada syarikat itu. - Gambar hiasan
Impian 30 individu untuk bercuti ke Beijing, China, tidak kesampaian apabila ditipu seorang lelaki yang menawarkan pakej pelancongan tidak wujud, menyebabkan mereka kerugian RM56,360.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, menurut laporan polis dibuat seorang mangsa berusia 37 tahun, kejadian bermula pada 2018 apabila dia ditawarkan pakej pelancongan ke Beijing oleh seorang lelaki.
"Wanita berkenaan kemudian mencari beberapa kenalan untuk menyertai pakej melancong itu yang sepatutnya berlepas pada Jumaat lalu hingga 17 Disember ini.
"Harga bagi pakej pelancongan berkenaan adalah RM1,990 bagi dewasa manakala RM1,650 bagi kanak-kanak. Seramai 30 orang peserta termasuk mangsa bersetuju untuk menyertai pakej berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, semua wang yang dikumpul oleh pengadu kemudian dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat yang kononnya menguruskan pakej pelancongan berkenaan dan semua urusan berkenaan dibuat melalui seorang ejen syarikat berkenaan.
"Setakat bulan ini, mangsa sudah memasukkan wang berjumlah RM56,360 kepada syarikat itu bagi lawatan ke Beijing yang dibuat oleh ahli rombongan selama setahun kepada pengadu," katanya.
Beliau berkata, pada 9 Disember lalu, ejen syarikat berkenaan menghantar satu pesanan di dalam kumpulan WhatsApp rombongan menyatakan lawatan ini tidak dapat diteruskan atas kegagalannya mentadbir kewangan.
"Suspek berjanji untuk memulangkan semula wang berkenaan secara berperingkat selama tiga bulan atau meneruskan lawatan berkenaan pada bulan Mac 2020.
"Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini, semalam," jelasnya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#ejen
#kerugian
#laporan polis
#lawatan
#mangsa
#Maran
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#pakej pelancongan
#pelancongan
#pengadu
#polis
#rombongan
#siasatan
#suspek
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan