ALOR SETAR: Kumpulan Aras Niaga Berhad telah memfailkan saman RM310 juta terhadap Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Kedah yang didakwa melanggar perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani pada 2020.
Peguam Firhat Muhammad Fikri, yang mewakili Kumpulan Aras Niaga Berhad, berkata writ saman yang difailkan pada 25 Mac lepas itu menamakan SSI Kedah, Pengurus Besar SSI Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai defendan.
Beliau berkata saman itu difailkan selepas Kumpulan Aras Niaga Berhad diarah menyerahkan kembali tanah seluas 255 hektar di Mukim Semeling, Kuala Muda yang dipajak secara sah sebelum ini kepada SSI.
"Plaintif menuntut ganti rugi akibat mungkir janji terhadap perjanjian tambahan sebanyak RM300 juta dan ganti rugi atas kerja dibuat plaintif dalam melaksanakan projek di tapak berkenaan sebanyak RM10 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Aras Niaga Berhad Datuk Muhamad Annas Mohamad Anuar pula berkata pihaknya mempunyai perancangan kerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) bagi membangunkan lombong bijih besi di tapak berkenaan.
Beliau berkata syarikat telah mengeluarkan sejumlah modal bagi mengawal tapak tersebut termasuk melakukan kerja kajian di kawasan itu sebelum membentangkan potensi kegiatan perlombongan bijih besi yang mampu menjana pendapatan kepada negeri.
"Apa yang dikesalkan selepas pembentangan pada Mac 2021, SSI Kedah tidak lagi melayan permohonan kami untuk mendapatkan lesen melombong dan membiarkan status projek ini tergantung malah dalam pertemuan bersama Pengurus Besar SSI Kedah, kami diminta menyerahkan kembali tanah," katanya.
Muhamad Annas berkata mengikut perjanjian, syarikat itu mendapat hak pajakan selama 45 tahun di tapak berkenaan dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan bagi memulakan pembangunan lombong bijih besi sehingga peringkat perjanjian tambahan.
"Namun akhirnya kami tidak diberikan lesen melombong dan ia jelas merugikan pihak syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Muhamad Annas (tengah) menunjukkan dokumen writ tuntutan oleh syarikat mereka kepada tiga defendan termasuk SSI Kedah ketika sidang media pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Kumpulan Aras Niaga Berhad saman Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah RM310 juta
Writ saman yang difailkan 25 Mac lepas menamakan SSI Kedah, Pengurus Besar SSI Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai defendan.