KUALA LUMPUR: Kumpulan kedua vaksin COVID-19 Sinovac buatan China dijadual tiba di Malaysia bulan ini, kata Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Penghantaran kumpulan kedua itu terdiri 2.5 juta dos.
Katanya, sehingga September secara keseluruhan Malaysia dijangka menerima 14 juta vaksin CoronaVac Sinovac.
Beliau berkata demikian semasa melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini pada Khamis.
Malaysia mula melancarkan vaksinasi menggunakan Sinovac pada 18 Mac selepas menerima penghantaran pertama pada 27 Februari.
Selain vaksin Sinovac, Malaysia juga merancang membeli vaksin CanSino COVID-19 yang merupakan vaksin dos tunggal.
Dilaporkan juga syarikat swasta tempatan Kanger International Bhd (Kanger) akan membeli satu lagi vaksin COVID-19 dari China National Pharmaceutical Group Corporation (Sinopharm).
Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada lebih 31 juta penduduknya akan menerima suntikan di bawah program imunisasi kebangsaan yang sudah bermula Februari lalu, 20 peratus penduduk dijangka menerima vaksin Sinovac.
- Bernama
Bernama
Thu Apr 08 2021

Selain vaksin Sinovac, Malaysia juga merancang membeli vaksin CanSino COVID-19 yang merupakan vaksin dos tunggal. - Gambar/ Reuters

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.

Pemalsuan Sijil | Bekas kerani bank babit kerugian RM1.435 juta
Seorang bekas kerani bank mengaku bersalah atas 55 pertuduhan menipu pelanggan dan memalsukan dokumen berkaitan pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) membabitkan kerugian kira-kira RM1.435 juta. Tertuduh, Mohd Sufian Talib, 36 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 420, 465 dan 467 Kanun Keseksaan.

RasuahBusters | Lebih 100 rakan strategik bergabung gerakkan kempen
Pasukan #RasuahBusters bergabung dengan lebih 100 rakan strategik terdiri daripada badan berwajib, badan bukan kerajaan (NGO) dan korporat untuk menggerakkan kempen membasmi budaya rasuah secara besar-besaran ke segenap lapisan masyarakat.

Sindiket Kartel | Tahanan reman lapan individu disambung
Lapan individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket kartel projek kerajaan disambung reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ramadan | Solat Tarawih kembali didirikan di surau, masjid
Menjelang awal Ramadan pada Selasa, jemaah di seluruh negara kembali mengimarahkan masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Di ibu negara, Surau Ar Rahman di World Trade Center Kuala Lumpur, turut sama menganjurkan ibadah berkenaan.

Kumpulan penyelidik asingkan diri 40 hari dalam gua, kaji kehidupan dalam gelap
Kumpulan yang terdiri daripada 15 lelaki dan wanita itu memasuki gua Lombrives, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Sepanyol pada 14 Mac lalu.

Hidupan Liar | Enam program tangani kepupusan Harimau Malaya
Tiga badan kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha menangani krisis populasi harimau belang atau lebih dikenali Harimau Malaya yang semakin pupus. Badan tersebut adalah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).

10 Berita Pilihan - (12 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Olimpik Tokyo: 264 atlet, pegawai terima vaksin 13 April
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut.

Kumpulan kedua vaksin Sinovac dijangka tiba bulan ini
Sehingga September secara keseluruhan Malaysia dijangka menerima 14 juta vaksin CoronaVac Sinovac.

Polis kenal pasti wanita dakwa anggota IPD Gerik maut akibat vaksin COVID-19
Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah merakam keterangan pemilik akaun iaitu wanita dari Pulau Pinang.

Jabatan Penerangan jadi pemudah cara bantu rakyat daftar vaksin COVID-19 - Saifuddin
Jabatan Penerangan kini berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu rakyat khususnya golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Malaysia akan terus guna vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Dr Adham menjelaskan data klinikal telah menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak manfaat berbanding negatif dengan vaksin ini.

IPD Gerik nafi anggota masuk hospital akibat komplikasi vaksin COVID-19
Polis Gerik bagaimanapun memaklumkan anggota tersebut dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.

Mungkin boleh rentas negeri, daerah jika sudah terima dua dos vaksin - Muhyiddin
Penerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 mungkin akan diberikan kebenaran untuk merentas negeri tanpa sebarang halangan.

Lebih 93,000 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19
Seramai 93,557 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Rusia, negara paling dipercayai sebagai pengeluar vaksin COVID-19
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh YouGov, responden pelbagai negara di seluruh dunia lebih mengenali vaksin Sputnik V keluaran Rusia.

Hajiji terima suntikan dos kedua vaksin COVID-19
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Dewan Serbaguna, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (PPKP) Sabah.