Seramai 453,413 calon di seluruh negara yang telah menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di 2,608 pusat peperiksaan pada Oktober lalu menerima keputusan mereka hari ini.
Memandangkan ia kali pertama dijalankan bagi menggantikan format peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelbagai reaksi diterima termasuklah daripada pelajar dan guru yang menyifatkan pelaksanaan pertama PT3 sebagai suatu yang mencabar buat mereka.
PERAK
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh muncul antara sekolah terbaik di negeri Perak apabila 123 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian tersebut.
Seorang pelajar sekolah berkenaan mendapat keputusan 11A manakala yang lain mendapat 7A, 8A dan 9A.
Menurut salah seorang pelajar, Nurunuha Mohd Ismi yang mendapat 11A, kejayaan yang diperolehinya itu adalah berkat tumpuan yang sentiasa diberikannya dalam setiap mata pelajaran sewaktu berapa dalam kelas selain dorongan kedua ibu bapanya.
“Saya sangat gembira bersyukur kepada Allah dan bagi saya yang paling penting untuk mendapatkan kejayaan ini redha daripada kedua ibu bapa dan guru-guru. Moga kejayaan yang kita dapat itu adalah kejayaan yang diredhai Allah,” ujarnya.
Di sekolah tersebut, calon Nurul `Iffah Mohd Suffian mendapat 9A manakala Wardatus Syifa Zakaria mendapat 8A.
PULAU PINANG
Sementara itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, tiga pelajar yang menduduki ujian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irsyad mencatat keputusan cemerlang dengan memperolehi semua A dalam ujian PT3 yang berlangsung pada Oktober lalu.
Menurut Pengetua Sekolah, Abd. Halim Abd. Hamid, biarpun tidak mencapai sasaran sekolah, pencapaian pelajar pada tahun pertama pengenalan PT3 adalah baik dan memuaskan.
Beliau berpendapat, format kertas ujian yang hanya diketahui pada pertengahan tahun adalah salah satu faktor penyebab pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan persediaan rapi.
Daripada 168 pelajar yang menduduki ujian PT3 di sekolah itu, tiga pelajar memperoleh 11A, 10 pelajar memperoleh 10A, 26 pelajar memperoleh 9A, dan selebihnya memperoleh antara 2A hingga 8A.
Abd. Halim percaya, para guru dan pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi PT3 pada tahun berikutnya.
Di Pulau Pinang, seramai 22,781 calon telah menduduki peperiksaan tersebut yang diadakan di 130 pusat peperiksaan. Daripada jumlah itu, 155 daripadanya merupakan calon persendirian.
SARAWAK
Di Sarawak, rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan bahawa ujian PT3 agak sukar kerana semua soalan yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif berbanding format soalan dalam peperiksaan sebelum ini.
Mereka menyatakan bahawa terpaksa berusaha dengan lebih gigih untuk mengulang kaji pelajaran kerana ada antara matapelajaran yang mereka ambil adalah dalam Bahasa Inggeris.
Bagi pelajar SMK Green Road, Kuching, Niqa Afiqah Mohamad Azman, yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 10A, dia terpaksa melipatgandakan sesi ulang kaji kerana PT3 tidak seperti PMR kerana mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris perlu diberi tumpuan demi memahami kehendak soalan.
“Semuanya berkaitan dengan kerja keras. Sewaktu ujian, saya memang tidak tidur kerana menelaah sehingga jam 4 pagi. Secara jujurnya saya mendesak diri saya untuk memberikan sebaik mungkin untuk PT3 dan untuk meraih semua A,” kata Niqa.
Bagi seorang lagi pelajar iaitu Karen Patrick Lai yang turut mendapat 10A, dia bersyukur kerana mendapat keputusan cemerlang kerana beranggapan PT3 amat susah untuk dihadapi.
“Saya rasa gembira kerana semua orang tahu ujian ini tidak mudah. Namun saya bangga dengan pencapaian yang saya peroleh dan berbangga juga dengan teman-teman lain. Ini suatu perjalanan yang panjang. Saya lega semuanya sudah berakhir,” kata Karen.
Seramai 15 orang pelajar dari SMK Green Road mendapat keputusan cemerlang 10A daripada 332 calon keseluruhannya.
Sejumlah 39,583 orang pelajar telah menduduki PT3 di Sarawak. Daripada jumlah itu, seramai 38,239 orang merupakan calon dari sekolah kebangsaan manakala 1,343 dari sekolah swasta manakala seorang adalah calon persendirian.
Di media sosial pula, terdapat juga pelajar mula memuat naik keputusan mereka di Twitter.
Ada juga yang memberikan pendapat mereka tentang PT3 yang pertama kali diadakan:
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.
Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.
Syafique Shuib
Mon Dec 22 2014
Keputusan ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikeluarkan hari ini. Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
'Ambil syabu konon nak dapat 8A PMR'
Dia mula mencuba mengambil dadah itu ketika berada di asrama penuh demi mencapai cita-cita memperoleh keputusan cemerlang.
Jangan bandingkan PT3 dengan PMR - Kamalanathan
Orang ramai harus berhati-hati apabila memberi maklum balas mengenai peperiksaan sulung Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan tidak membandingkannya dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia jelaskan isu PT3
Keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan PMR dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat.
Kumpulan pelajar pertama duduki PT3 kongsi pengalaman terima keputusan
Kumpulan calon pertama ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) menerima keputusan mereka hari ini dengan pelbagai reaksi.
Jihad dalam pendidikan perlu bagi angkat martabat negara - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 'jihad' dalam bidang pendidikan dilihat amat penting untuk mengangkat martabat bangsa dan negara.
Jangan terlepas pandang pelajar yang tidak mendapat 8A dalam PMR
Bidang vokasional dan teknikal itu penting untuk mencapai kemajuan dan bermanafaat kepada negara.
Keputusan PMR diumum 19 Dis
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
Parlimen: PMR bukan lagi peperiksaan pusat mulai tahun depan
Kementerian Pendidikan akan menambah baik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun depan dan tidak akan memansuhkannya.
Sudut Pandang: Mengenal pasti aspirasi anak-anak
Syafizan Johari berkongsi pengalaman dan pandangan peribadinya tentang PMR.
Pencapaian calon PMR gred A menurun 0.85 peratus
Pencapaian calon cemerlang yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran peperiksaan PMR 2012 menurun 0.85 peratus berbanding tahun lalu.