PUTRAJAYA: Malaysia menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh hari ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan.
Beliau berkata, kemasukan itu susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Penggajian Pekerja Warga Bangladesh yang ditandatangani Malaysia dan Bangladesh pada 19 Dis lepas.
Menurutnya, MoU yang berkuat kuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026 itu ditandatangani beliau yang mewakili Malaysia dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmed di ibu negara.
"Kumpulan pekerja ini akan digajikan untuk sektor pembuatan dan pekerja warga Bangladesh berkenaan akan masuk ke Malaysia secara berperingkat mulai hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh pada minggu lepas telah mengesahkan permohonan daripada 80 majikan tempatan melibatkan penggajian seramai 6,000 warga Bangladesh.
Katanya, majikan yang telah membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen dan bercadang menggajikan pekerja warga Bangladesh boleh memohon pengesahan penggajian serta dokumentasi seperti kontrak pekerjaan dan pesanan kerja ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Malaysia menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh hari ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan. - Gambar fail BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Majikan abai 93 pekerja Bangladesh berdepan tindakan tegas
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd kerana mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dibaw
Kerajaan tak campur tangan pemilihan pekerja asing oleh majikan - Sivakumar
Kerajaan tidak campur tangan dalam proses pengambilan pekerja asing terutama dalam pemilihan pekerja dan negara asal mereka oleh majikan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Kumpulan pertama pekerja Bangladesh tiba di Malaysia
Kumpulan pekerja ini akan digajikan untuk sektor pembuatan.
Proses ambil pekerja asing dari tiga negara selesai dalam masa terdekat - Saravanan
Kementerian Sumber Manusia kini dalam proses akhir muktamadkan prosedur pengambilan pekerja dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja.
Malaysia, Bangladesh meterai MoU pengambilan pekerja Bangladesh sehingga 2026
Malaysia dan Bangladesh memeterai memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pekerja Bangladesh untuk berkhidmat di negara ini, berkuatkuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026.
Penganggur tetak warga asing kerana berkawan dengan ibu
Suspek berkenaan bertindak mencederakan mangsa kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang intim dengan ibunya.
Tampar pekerja Bangladesh, pengurus direman
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, suspek yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat itu ditahan sekitar Damansara pada Ahad malam.