DREBAR
Kumpulan Volkswagen umumkan langkah penyelesaian skandal ‘Dieselgate’

Buat masa ini, kesemua kenderaan-kenderaan yang terlibat masih lagi selamat dan sah digunakan mengikut undang-undang. Langkah pertama VW adalah untuk memaklumkan pelanggan yang terlibat bahawa kualiti pengeluaran ekzos kenderaan VW mereka akan diperbetulkan secepat mungkin.[Nota: Isu ini tidak melibatkan model-model VW oleh Volkswagen Malaysia kerana kesemua model yang dijual dilengkapi enjin petrol]
Penilaian dalaman yang dilakukan akhir minggu lepas mengesahkan yang sebanyak lebih kurang lima juta kenderaan daripada kereta penumpang VW di seluruh dunia terbabit. Ia terhad kepada beberapa model dan tahun pengeluaran, khususnya yang menggunakan enjin diesel EA 189.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami