PUTRAJAYA: Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui esok, kata Jabatan Perikanan (DoF).
Dalam kenyataan hari ini, DoF memaklumkan pihaknya masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson.
"DoF sebelum ini telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan larangan sementara bagi menjual dan mengeluarkan kupang ternakan sama ada melalui sistem panggar atau pancang," menurut kenyataan itu.
DoF sentiasa melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia secara berjadual di bawah Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP) yang melibatkan sampel kerang-kerangan ternakan dan liar.
"Orang ramai juga diminta melaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri atau Daerah yang berdekatan jika melihat perubahan warna air laut yang mencurigakan," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, DoF Negeri Sembilan dilapor telah mengambil sampel kupang dan air di perairan Port Dickson susulan dakwaan berlaku kes keracunan makanan akibat makanan laut itu.
Pengurusan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang dilapor mengeluarkan hebahan larangan membeli serta memakan kupang dan kerang tempatan buat sementara waktu berikutan terdapat kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan kupang dan kerang dari perairan Port Dickson.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
DoF memaklumkan pihaknya masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson. - Gambar hiasan
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kupang tercemar: DoF Melaka pantau, ambil sampel kedua minggu depan
Jabatan Perikanan Melaka melaksanakan pemantauan secara proaktif dan mengambil langkah pencegahan lebih awal berikutan penemuan alga spesies berbahaya pada sampel air dan kupang di di Sebatu.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Singapura sekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson
Singapura telah menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson, Malaysia, kerana didapati mengandungi biotoksin berbahaya.
Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF
Sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF
Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui esok, kata Jabatan Perikanan (DoF).