KUALA LUMPUR: Kurang daripada 50 peratus masyarakat Melayu telah menerima dos penggalak COVID-19 dan keadaan ini memerlukan komunikasi yang lebih baik khususnya menerusi media sosial, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata secara keseluruhan, pemberian dos penggalak harian mula meningkat semula kerana ia merupakan langkah terbaik dalam memberi perlindungan terutama dalam gelombang Omicron yang pantas merebak ketika ini.
"(Sebanyak) 80 peratus masyarakat Cina 'boosted' (menerima suntikan dos penggalak). Namun perlu komunikasi yang lebih mantap di Facebook sebab Melayu kurang 50 peratus," katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter di sini hari ini.
Setakat semalam (10 Feb), berdasarkan peratusan data liputan dos penggalak mengikut bangsa di seluruh negara yang dikongsikan Khairy, masyarakat Melayu merekodkan sebanyak 47.9 peratus individu yang telah menerima dos penggalak, Cina (81.3 peratus), India (56.4 peratus), Orang Asli dan Peribumi (49.6 peratus) dan lain-lain (50.6 peratus).
Beliau bagaimanapun memuji Sarawak yang menjadi negeri merekodkan peratusan tertinggi individu yang menerima dos penggalak iaitu sebanyak 76.8 peratus.
Ini diikuti Melaka (71.9 peratus), Lembah Klang (66.9 peratus), Negeri Sembilan (62.4 peratus), Pulau Pinang (61.5 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (57.1 peratus), Johor (56.8 peratus), Perak (51.7 peratus), Pahang (48.3 peratus), Kedah (43.9 peratus), Terengganu (38.4 peratus), Perlis (30.9 peratus), Kelantan (25.3 peratus) dan Sabah (24.8 peratus).
Dalam ciapan berasingan, Khairy yang turut berkongsi peta liputan dos penggalak COVID-19 bagi Lembah Klang dan Johor berkata tumpuan perlu diberikan di kawasan liputan rendah terutamanya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Setakat semalam, keseluruhan 57 peratus penduduk di Johor telah menerima suntikan dos penggalak dengan Muar merekodkan sebanyak 71 peratus, diikuti Johor Bahru (67 peratus), Kulai (56 peratus), Batu Pahat (52 peratus), Kluang (46 peratus), Kota Tinggi (42 peratus), Tangkak (40 peratus), Segamat (37 peratus), Pontian (35 peratus) dan Mersing (32 peratus).
Bagi tempoh sama di Lembah Klang, keseluruhan 67 peratus penduduk telah menerima dos penggalak dengan Petaling merekodkan jumlah penduduk yang menerima dos penggalak tertinggi iaitu sebanyak 79 peratus diikuti Kuala Lumpur (75 peratus), Putrajaya (70 peratus) dan Hulu Langat (61 peratus).
Klang dan Gombak pula, masing-masing 59 peratus, Kuala Langat dan Sepang masing-masing 54 peratus, Kuala Selangor (48 peratus), Sabak Bernam (40 peratus) dan Hulu Selangor (20 peratus).
Menurut ciapan lain, Khairy berkata majikan perlu menaik taraf sistem pengudaraan di pejabat masing-masing jika perlu mengadakan mesyuarat secara fizikal sebagai langkah berjaga-jaga.
"Anda (majikan) layak mendapatkan potongan cukai untuk menaik taraf sistem pengudaraan di pejabat anda. Kemudahan ini dilanjutkan sehingga akhir 2022. Maklumat lanjut menerusi @LHDNMofficial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022
Khairy memuji Sarawak yang menjadi negeri merekodkan peratusan tertinggi individu yang menerima dos penggalak iaitu sebanyak 76.8 peratus. - Gambar fail/ Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.