awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang peruntukan punca jalan di Mersing gagal diselenggara - Abdul Latiff

Hilmi Malik
Hilmi Malik
31/10/2022
05:00 MYT
Kurang peruntukan punca jalan di Mersing gagal diselenggara - Abdul Latiff
Masalah kekurangan peruntukan didakwa punca jalan raya di Mersing tidak dapat diselenggara dengan baik. -Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Kekurangan peruntukan dari kerajaan mengakibatkan penyelenggaraan jalan raya di Mersing tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penyandang kerusi Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, pihaknya telah membawakan perkara itu ke peringkat kerajaan pusat, bagaimanapun dana untuk baik pulih kawasan itu masih tidak mencukupi.
Jelasnya lagi, masalah itu juga telah mendorong jalan raya di Mersing tidak mampu untuk bertahan lama.
“Kementerian Kewangan hanya sediakan RM1 bilion untuk penyelenggaraan di seluruh Semenanjung jadi kita minta RM5 bilion yang lulus cuma RM1 bilion.
“Bila Kementerian Kewangan tak sediakan bajet penyelenggaraan seperti yang dinasihatkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), maka jalan-jalan tersebut tak dapat bertahan lama.
“KKR dan JKR sentiasa minta peruntukan dari Kementerian Kewangan setiap tahun,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Suara Rakyat | Jalan raya Mersing masih kritikal, apa kesudahannya?
Mengulas lanjut, Abdul Latiff menyatakan, jalan raya di Mersing memerlukan proses penyelenggaraan untuk tempoh 5 hingga 7 tahun sekali.
BACA: PRU15: Jadikan Mersing hab pelancongan berkelas dunia, mula dengan selesai isu jalan raya - Pengundi
PRU15 | Potensi Mersing jadi hab pelancongan berkelas dunia
Astro AWANI pada Ahad telah membawakan siri Laporan Khas berhubung dilema penduduk di Mersing yang masih mengharapkan perubahan dibuat membabitkan infrastruktur jalan raya di kawasan hab pelancongan itu.
BACA: PRU15: Apa khabar jalan di Mersing?
Laporan Khas | Apa khabar Jalan Mersing?
Ini termasuk tinjauan yang telah dibuat berhubung isu sama sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.
Topic Berkaitan
#penyelenggaraan jalan raya di Mersing
#Abdul Latiff Ahmad
#baik pulih jalan raya
#penyelenggaraan jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan