awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang sebulan, asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi

Bernama
Bernama
04/06/2024
10:50 MYT
Kurang sebulan, asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi
Kebakaran melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80 peratus. - Gambar/ JBPM
KUALA BERANG: Pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, di sini sekali lagi berdepan detik cemas apabila asrama dihuni mereka terbakar awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Asrama di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi pagi tadi, kali kedua selepas insiden serupa pada 12 Mei lalu.
  • Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof, mengesahkan kebakaran pada 1.57 pagi dan mengerahkan sembilan anggota bomba serta dua jentera ke lokasi.
  • Kebakaran melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80%. Tiada kecederaan dilaporkan dan penyiasatan punca dan kerugian sedang dijalankan.

Insiden berkenaan merupakan kali kedua berlaku selepas bangunan sama, namun tingkat berbeza terbakar pada 12 Mei lepas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Zulhisham Mohamad Yusof berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada pihak asrama pada 1.57 pagi.
Sebaik menerima panggilan, beliau berkata sembilan anggota bomba dengan dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80 peratus. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 91.44 meter dan dua pancuran air tangki jentera," katanya ketika dihubungi.
Menurut Zulhisham kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa manakala punca dan kerugian sedang disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SAHUT
#SM Sains Hulu Terengganu
#terbakar
#asrama terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan