MALAYSIA
Kurier dadah RM1.8 juta: Polis Kelantan, Thailand jejak sindiket pil kuda

Mohd Yusoff (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai yang cemerlang dalam perkhidmatan. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis Kelantan akan berhubung dengan pihak berkuasa narkotik Thailand bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung rampasan 450,000 pil kuda bernilai RM1.8 juta yang dipercayai cuba diseludup ke Malaysia melalui syarikat penghantaran barang pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Polis Kelantan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa narkotik Thailand untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rampasan 450,000 pil kuda bernilai RM1.8 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui syarikat penghantaran barang.
- Sindiket dipercayai terus menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah; baru-baru ini, tiga tangkapan dibuat di Pasir Mas melibatkan penghantaran dadah menggunakan khidmat kurier.
- Polis menggesa kakitangan syarikat penghantaran barang supaya lebih berwaspada dan segera melaporkan kepada polis jika menerima bungkusan mencurigakan untuk mencegah penyeludupan dadah.
“Mungkin ada yang terlepas dan sebagainya. Kami akan lihat kembali serta menjalin hubungan rapat dengan pihak narkotik di sana untuk sama-sama mencegah penyeludupan dadah ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan sindiket akan terus menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran barang untuk menghantar bungkusan dadah ke sempadan, sebagaimana beberapa kes yang pernah dikesan.
“Baru-baru ini di Pasir Mas, kami membuat tiga tangkapan melibatkan penghantaran dadah menggunakan khidmat kurier.
“Dalam salah satu kes, seorang pekerja kurier yang peka meminta bungkusan dibuka selepas mengesyaki sesuatu. Individu yang menghantar bungkusan itu melarikan diri, namun suspek dapat dikesan melalui nombor pendaftaran kereta,” katanya.
Sementara itu, Mohd Yusoff turut menggesa kakitangan syarikat penghantaran barang agar lebih berhati-hati serta segera memaklumkan kepada polis sekiranya menerima bungkusan yang mencurigakan.
“Kerjasama pihak kurier amat penting. Jika rasa ada barang yang mencurigakan segera laporkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” tegasnya.
Sebelum ini, pihak berkuasa Thailand menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai 13.5 juta baht atau RM1.8 juta itu di pusat perkhidmatan penghantaran barang di Sai Thong, Sungai Golok, pada jam 2 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).
Dadah itu dipercayai untuk diseludup ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami