awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun - Kamalanathan

Bernama
Bernama
21/11/2017
06:00 MYT
Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun - Kamalanathan
Kamalanathan berkata kurikulum sedia ada memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan dan penghayatan dan pembudayaan. - Gambar hiasan
Semakan terhadap kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan kerajaan setiap lima tahun, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kurikulum sedia ada ditambah baik dan kekal relevan dengan kehendak semasa.
"Kurikulum sedia ada memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan dan penghayatan dan pembudayaan," katanya menjawab pertanyaan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai perkara berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Kamalanathan berkata hanya 0.12 peratus daripada 5.1 juta pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam keruntuhan moral atau kebejatan sosial remaja seperti berjudi, mencuri, mengancam guru dan murid, peras ugut serta gangsterism.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai pengembangan modul tahfiz ke sekolah lain, beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mempunyai cadangan untuk memperkenalkan modul tahfiz dan vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#Mansur Abdul Rahman
#Nasrudin Hassan
#p kamalanathan
#pelajar
#pendidikan
#remaja
#sekolah
#Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan